Untuk sesiapa yang berhajat nak ke kuantan dan perlukan homestay, saya jemput tuan puan untuk booking dengan abang saya di Swiss Garden Resort Residence. Promo ni bukan saja sebab dia abang saya, tapi homestaynya sendiri memang terbaik
www.agoda.com/...
1) Paling penting, ada water park private yang hanya boleh digunakan oleh resident. Dalam situasi Covid ni, lebih private lebih baik utk anak2 kita enjoy
2) Pantai Balok terletak literally disebelah bangunan. Pantai yang luas dan landai. Sesuai untuk family enjoy dari pagi sampai petang
3) Sunrise di pantai Balok, tanpa sebarang halangan. Tinggal nak bangun pagi saja
4) Aktiviti di pantai pun tak putus2. Ada ATV yang boleh di sewa RM50 untuk 30 minit, atau RM90 untuk 1 jam.
5) Ada service tunggang kuda juga utk merasa pengalaman tu. Harga seikhlas hati kerana hasil tu akan disedekahkan kepada sekolah tahfiz yang menguruskan kuda itu.
6) Security top notch. Hanya resident dengan kad saja dibenarkan masuk. Pondok pengawal dijaga 24/7. CCTV di setiap penjuru. Jalan masuk ke pantai pun perlukan kad
7) Lokasi Swiss Garden Resort Residence ni hanya 14 km dari Teluk Cempedak
8) Banyak kedai2 dan restoran berdekatan. Kedai belakang tu terkenal dengan maggi ketamnya
9) Rumah yang bersih dan lengkap dengan peralatan
wifi dan smart tv
washing machine
peti ais & water filter
peralatan memasak
2 bilik dengan katil queen di satu bilik dan katil double decker di bilik lagi satu
10) Well boleh baca juga review di agoda link
----------- TELUK CEMPEDAK ---------------
Tak dapat nak mandi laut, tpi ada macam2 lagi cara utk enjoy Teluk Cempedak. Saya ke sana tanpa sebarang research, jadi banyak benda yang tak buat contohnya berjalan ke Teluk Tongkang tu. Apa pun... boleh repeat lagi sekali ke Teluk Cempedak InsyaAllah
Laut bergelora sikit dari bulan November ke Mac. Jadi plan accordingly.
Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulah katanya asal nama Teluk Cempedak.
Dikatakan juga Teluk Cempedak juga menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941. Tapi setakat research dalam youtube, tak nampak lagi kubu ni.
Support our tourism industry. We are happy, and the industry surviving. Win-win
📘 Facebook: www.facebook.c...
📸 Instagram: / panglaman
For collaboration / invitation / or just to get to know each other..
please email at panglamanku@gmail.com
Негізгі бет 11 Tips to Fully Enjoy Teluk Cempedak & Best Homestay in Kuantan
Пікірлер: 9