2000 Komuniti MADANI Sertai Permukiman
Laporan/video: Memi Yusoff/Syafiq Saleh (Selangor)
CYBERJAYA, 20 Jul (Malaysiaaktif) - 2000 ahli Komuniti MADANI terdiri daripada ketua dan ahli Komuniti MADANI hadir Permukiman Komuniti MADANI di sini semalam.
Program Permukiman Komuniti MADANI merupakan program bicarawara secara santai dalam memperkasakan kefahaman, dasar, inisiatif, hala tuju dan strategi kerajaan dengan menghimpunkan ahli Komuniti MADANI di Semenanjung Malaysia.
Permukiman ini dianjurkan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang melibatkan sesi soal jawab antara ahli dan panelis.
Program turut dimeriahkan menerusi penganjuran Karnival Kita Madani X HKHM 2024 dengan pengisian reruai Komuniti MADANI X Nadi, Riuh X HKHM, perkhidmatan untuk rakyat, pameran pelbagai agensi, jualan keusahawanan, persembahan patriotik, aktiviti interaktif kenegaraan serta demonstrasi pembuatan produk tempatan.
#MalaysiaAktif
#KomunitiMADANI
#JAPENSelangor
Негізгі бет 2000 Komuniti MADANI Sertai Permukiman
Пікірлер