99% golongan lelaki lupa bahawa mereka lebih handal daripada apa yang mereka sangka.
Saya baru podcast dengan seorang lelaki hebat.
Adli The Godlen boy.
Adli seorang peninju profesional.
Adli mula dapat pendedahan tentang sukan tinju di sekolah ketika berusia 15 tahun.
Adli jatuh cinta dengan sukan tinju. Namun, parents Adli tidak menyokong minatnya.
Adli terus jadi anak yang baik dan Adli teruskan dengan minatnya iaitu bertinju.
Adli juga terus jadi pelajar yang baik.
Adli berjaya mendapatkan segulung ijazah sambil menjadi atlet.
Ketika sukan SEA, bapa Adli yang mulanya tidak meyokong minat Adli, menjadi penyokong utama Adli duduk di barisan hadapan sekali.
Selepas tamat universiti, Adli bekerja sebagai Penguasa Kastam Gred WK41.
Adli mula trening jam 5 pagi.
Masuk ofis jam 8 pagi hingga 5 petang. Kemudian selepas balik kerja Adli sambung latihan selama 2 jam.
Begitulah rutin Adli setiap hari.
Sambil jadi atlet profesional, sambil kerja sebagai pegawai Kastam, Adli sambung belajar lagi ambil master dan telah pun berjaya mengabiskan master.
Adli juga sudah berkeluarga.
Pada tahun 2023 Adli berjaya memenangi kejuaraan World boxing council asia continental champion yang berlangsung di Bangkok Thailand.
Adli memegang rekod 13 kemenangan 1 tewas.
Adli berjaya dalam bidang pendidikan.
Adli berjaya dalam bidang sukan.
Adli berjaya dalam bidang kerjaya.
Adli berjaya mencabar LIMITATION!
Moga kisah lelaki seperti Adli ini, menjadi inspirasi kepada semua lelaki.
Mesej saya selama ini tentang lelaki sebenarnya boleh sukses setiap penjuru hidup ternyata BENAR!
Namun,
Apabila lelaki telah diprogram minda mereka untuk menjadi TERHAD, lama ke lamaan lelaki semakin percaya bahawa mereka hanyalah seorang lelaki yang TERHAD.
Saya mendorong lelaki untuk bebaskan minda mereka daripada LIMITATION.
Sukses setiap penjuru hidup!
Jangan ambil sikit-sikit.
Rugi!
Apa yang saya belajar daripada Adli ialah
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Disebabkan Adli nak, Adli tiada alasan di dalam hidupnya. Adli buat tanpa henti, Adli buat sampai jadi.
Adli juga adalah salah seorang ahli secret group Wild Stallion. Pada 21 Januari nanti saya akan bawa Adli datang sekali sesi perjumpaan untuk bidas mindset champion. ( Secret group LELAKI - WILD STALLION bit.ly/SecretG... )
Tahniah Adli The Golden Boy.
Sukses setiap penjuru hidup!
The -Azri Walter
Негізгі бет Тәжірибелік нұсқаулар және стиль 99% lelaki lupa mereka lebih handal dan… ..| Henyak podcast season 2 (EP.7)
Пікірлер: 142