Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya memperkenalkan diri saya 'Pye' pemilik jentera Toyota Vios model 2017 NCP 150 edisi kedua. Bernadikan enjin 2NR gearbox CVT 7 speed semi auto edisi keluaran kemasukkan model 2018 NCP 151, spesikasi 'Spec E'. Yang mana pada masa ini telah saya tingkatkan perubahan luar menggunakan konsep 'Track Car' berkonsepkan 'GR Gazoo Racing', kesemua 'bodykit' menggunakan 'Viper Kit'. Lampu depan custom, lampu belakang 'Aftermarket'. Bonet depan bertukar menggunakan jenis 'Custom Fiber' berlapiskan 'Carbon Fiber', spoiler tinggi dua layer touring jenama 'Voltex' ala-ala Evo. Badan kereta luaran di 'Wrap' mengikut konsep 'GR Gazoo Racing', manakala Rimsport jenama 'TE37 TTA berukuran saiz 17 x 9jj. Sistem ekzos pula digunakan menggunakkan 'HKS' berukuran luaran 4 inci dan ukuran dalaman 2 inci, dan juga saluran paip ekzos telah ditukar dari hadapan sehingga ke belakang mengunakkan ukuran 2 inci 'Stainless Stell'. Manakala bahagian enjin pula masih stok kilang, hanya paip 'cleaner' dipakaikan jenama jenama filter sport 'K&N'. Tambahan voltage controller di tepi bateri, dan di warnai hos berwarna warni. 'Ecu' pula telah di 'link' kan dengan 'Ecu' tambahan iaitu 'KKT Tiny' keluaran 2022. Dalaman jentera saya ada tambahan juga seperti player 'Android 10 inci' didepan dan dua lagi android ukuran sama macam di depan di belakang kerusi,dan juga tambahan 'Sound system' 2 biji 'woofer bass' berukuran 12 inci. Itu sahaja sedikit sebanyak modikfikasi yang telah di ubah buat masa ini, untuk makluman jentera ini hanya digunakkan untuk 'Carshow' yang di iktiraf kelulusan pihak atasan. Sekian terima kasih.
Music Credits
Негізгі бет A Journey in 60-Seconds Video Challenge by Hairol Shahrani Bin Aji | Toyota Brunei
Пікірлер