#adigurukraf #mycraftshoppe #mastercraftsmen
Encik Salleh bin Mohd atau lebih dikenali dengan nama “Pak Leh” dilahirkan pada 21 April 1945 di Kampung Ladang, Sekolah Kuala Terengganu, Terengganu. Anak jati Terengganu ni memulakan perusahaan kraf tembaga pada tahun 1960 dan mendaftarkan perniagaannya dengan nama syarikat Tembaga Terengganu. Beliau merupakan usahawan kraf tembaga yang disegani kerana mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam memilih dan menggubah reka bentuk produk kraf yang dihasilkan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Melalui kegigihan dan komitmen yang tinggi dalam meneruskan perusahaan kraf warisan negara, beliau diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Pertukangan Tembaga oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2008.
Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti :
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
- Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
- Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
- Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.
--------------------------------------------------------------------------
Follow, Like & Share
Facebook : / mycraftshoppe.official
Instagram : / mycraftshoppe.official
TikTok: / mycraftshoppe
Klik jer www.mycraftshoppe.com untuk pembelian produk kraf secara online
Негізгі бет Adiguru Kraf Pertukangan Tembaga Encik Salleh Bin Mohd
Пікірлер: 20