Adik Nasuha baru berumur lima tahun. Sejak umurnya tiga tahun, ayah dan ibunya telah membimbingnya membaca al-Quran. Pada 17 Disember 2011, Adik Nasuha berjaya menyelesaikan pembacaan Al-Quran 30 juzuk dan majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka. Pencapaian Adik Nasuha adalah sesuatu yang boleh dibanggakan apatah lagi, pada tahap umur sebegitu, anak-anak kita bari bertatih untuk membaca dalam kelas tadika. Adalah diharapkan usahanya akan menjadi dorongan kepada ibubapa yang lain dalam mengasuh anakanak mereka dalam membaca keseluruhan surah dalam Al-Quran. Tahniah Adik Nasuha..
Негізгі бет ADIK NASUHA 5 TAHUN KHATAM AL-QURAN
Пікірлер