Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan² & puan². Nindia resepi pencuci mulut paling kaww yang pernah dihasilkan. Hihi, saja nak kongsikan sedap jugak espresso bila campur dengan aiskrim tu bahan² pun senang nak dapat. Pertama kali buat, rasanya tak susah pun takda anggaran masukkan je ikut kehendak hati.
Bahan² bahan:
1) Espresso segar( Bean Dark Indulgence dari Pulse Coffee)
2) Ais Krim(Walls Ovaltine Crunchy Choc)
3) Topping( Hershey’s Special Dark Syrup)
Langkah-langkah Penyedian:-
1) Buat Espresso.
2) Scoopkan aiskrim kedalam cawan kegemaran korang.
3) Tuangkan espresso kedalam cawan aiskrim.
4) Taburkan/tuangkan topping ikut sesedap mata memandang.
5) Enjoy sambil makan dengan biskut atau roti pun sodap. Hidangkan selepas makan berat paling sesuai nama pun pencuci mulut.
Selamat mencuba!
Негізгі бет Affogato “Kaww” ala Malaysia | Pencuci Mulut sedap dan mudah
No video
Пікірлер: 14