Nama pemuda berusia 29 tahun ini kian menjadi popular selepas beberapa hantaran video di aplikasi TikTok menjadi tular.
Semuanya gara-gara video yang dimuat naik Aizat Saha berkonsepkan 'point of view' atau POV mengenai pasangan kekasih yang sedang bahagia dan bergaduh di TikTok hingga menarik perhatian warganet.
Disebabkan itu, Aizat atau nama sebenar Mohd Aizat Saharuddin terus digelar Abang POV.
Aizat yang berasal dari Klang, Selangor berkata, sifat romantik yang dipaparkan dalam setiap kandungan video itu juga ditujukan buat insan yang disayanginya.
Pada episod kali ini, Aizat juga mendedahkan dia sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Malah, Aizat juga berkongsi kisah sedih dirinya apabila kehilangan rakan baik.
Dengarkan episod penuh Aizat Saha di aplikasi SYOK Podcast dan boleh ditonton menerusi saluran KZitem SYOK.
Негізгі бет Aizat Saha! Kisah Sedih Kehilangan Rakan Baiknya | Confession Bilik Gelap S4EP06
Пікірлер: 3