"Inilah tempat saya dilahirkan," demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebaik melangkah memasuki Istana Mangga Tunggal, di sini iaitu tempat baginda diputerakan hampir 64 tahun yang lepas.
Seri Paduka yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah meluangkan masa lebih setengah jam melawat istana yang dibina oleh seorang tukang Melayu yang mahir dan sering membina istana raja pada zaman dahulu, Awang Mat Ali.
www.bernama.com/bm/am/news.ph...
Негізгі бет Al-Sultan Abdullah imbau kenangan masa kecil di Istana Mangga Tunggal
Пікірлер: 29