Amalan Ikhlas Ada 3 Tanda. Inilah Niat Sebelum Akad Nikah!
Sila KLIK 👉 / @jalansyurga untuk tonton video-video lainnya!
Jom LIKE, SHARE and SUBSCRIBE dan tekan butang 🔔 tanda support 💖 channel JalanSyurga
Ringkasan Kuliah:
1. Ikhlas hendaklah semata-mata kerana Allah SWT
2. Fungsi dijadikan manusia dan jin adalah untuk beribadah kepada Allah SWT
3. Jadikanlah ibadah adalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana makhluk, harta, jawatan dsb. Itulah ikhlas!
4. Hanya ibadah yang ikhlas diterima oleh Allah SWT. Jangan ada bercampur baur dengan yang lain! Tunggalkan semata-mata untuk Allah SWT. Tidak menduakan Allah SWT
5. Tidak ikhlas contohnya beramal kerana Allah tetapi dalam masa yang sama harap agar dipuji manusia, dapat harta benda, dimuliakan manusia, serta tujuan keduniaan yang lain
6. Seseorang yang melakukan ketaatan bukan semata-mata kerana Allah SWT maka, akan lebih jauh dari Allah SWT!
7. Amal zahir dan amal batin perlu dijaga. Dari segi syariah (zahir) sah tetapi mungkin batin ada masalah kerana masalah hati
8. Bagaimana tahu amalan itu diterima oleh Allah SWT atau tidak? Ada 3 tanda amalan dibuat adalah ikhlas;
a. Merasakan pujian dan kejian adalah sama
b. Melupakan kebajikan yang dibuat dahulu
c. Mengharapkan balasan di akhirat sahaja bukan di dunia
9. Praktikkan agar tiada dalam diri sifat dengki, tidak terkesan dengan pujian dan kejian
10. Daging ulama adalah beracun! Jangan komen tidak baik di media sosial khuatir mendapat 'tulah' atau 'daulat' iaitu bencana dan sebagainya
11. Jangan sentuh hal orang khuatir dia adalah kekasih Allah SWT! Kerana jika dia kekasih Allah SWT maka, bagaikan berperang dengan Allah SWT!
12. Segeralah beristighfar jika dalam hati ingin mendapat habuan dunia!
13. Idamkanlah habuan akhirat. Jika harapkan balasan dunia maka hanya sedikit dan tidak kekal!- seperti kisah sahabat yang dirasuk dan tunggul kayu kurma
14. Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia itu adalah riak!. Sesiapa beramal kerana manusia itu adalah syirik!
15. Sesiapa yang berniat bukan semata-mata kerana Allah SWT maka, dia akan dapat apa yang diniatkan
16. Habib Zain menyatakan terdapat 4 golongan keluarga apabila sudah berkahwin. Pilih satu yang baik untuk diniatkan;
a. Suami & isteri kuat beribadah
b. Suami kuat beribadah tetapi isteri tidak kuat beribadah- masih baik jika isteri sering menggalakkan suami beribadah dengan menyediakan kelengkapan. Isteri tetap dapat pahala yang banyak walhal suami yang kuat beribadah. Beruntunglah jika mendapat suami yang kuat beribadah! Ambil peluang
c. Isteri kuat beribadah tetapi suami tidak kuat beribadah- rugilah. Jika isteri dan anak-anak tidak diberikan ilmu ditinggalkan jahil maka berdosa besar. Dakwahlah dengan perbuatan bukan suara
d. Suami dan isteri tidak kuat beribadah
17. Sehubungan dengan itu, niatkanlah salah satu daripada 4 perkara di atas sebelum akad nikah! pilihlah yang terbaik!
18. Pentingnya niat yang baik kerana Allah SWT kerana niat yang baik maka ia mudah tenang lapang dan dimudahkan Allah SWT
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
🔴 Saham Wakaf (Majlis Agama Islam Johor): www.e-wakafjoho...
🔴 Tabung Masjid Bandar Segamat:
- Bank Islam: 01078010004365
- Bank Rakyat: 11-0028344-6
*Disclaimer: Channel JalanSyurga hanyalah memenuhi tanggungjawab sosial membantu mengiklan secara percuma. Sumbangan tuan/puan 100% disalurkan terus kepada pihak berkenaan
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
-------❤️ Jom temui di media sosial!---------
📸 KZitem: / jalansyurga
👍 Facebook: / kuliahjalansyurga
#jalansyurga #UstazFaizalAbRahaman #ikhlas #nikah #doa #zikir #penyakithati #penawarbagihati #tawakal #tasawuf #rukun #kuliah #tazkirah #ceramah #MasjidBandarSegamat
Негізгі бет Amalan Ikhlas Ada 3 Tanda. Inilah Niat Sebelum Akad Nikah! | Ustaz Faizal Ab Rahaman
Пікірлер: 2