Bermula pada 4 April 1999, Parti Keadilan Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang 'Reformasi' yang melanda Malaysia selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998.
Setelah lebih setahun Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, tahun ini PKR menyambut ulang tahunnya yang ke-25.
Namun ketika parti itu menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 tahun ini, ahli Parlimennya Hassan Abdul Karim secara terbuka mempersoalkan komitmen PKR untuk menjayakan agenda reformasi.
Wartawan KiniTV Seth Akmal mendapatkan pandangan dua penganalisis politik berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh Hassan, antaranya mengenai agenda reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak 1998.
Wartawan: Seth Akmal
Penerbit: Azreen Madzlan
Негізгі бет [Analisis] Dilema PKR 25 tahun: Masih reformasi atau tumpu undi Melayu?
Пікірлер: 44