Aprilia SR-GT 200, Skuter ‘Urban Adventure’
Walaupun telah berada di pasaran Malaysia semenjak pertengahan tahun lepas namun skuter ini masih hangat di pasaran Malaysia kerana rekabentuk dan harganya yang sangat kompetatif.
Bernadikan enjin 174cc 4 valve SOHC silinder tunggal dan dilengkapi sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api elektronik, ianya mampu menghemburkan tenaga sehingga 17.4 kuasa kuda pada 8500rpm dan menghasilkan 16.5nm torque pada 7000rpm.
Seperti biasa, skuter pastinya akan dilengkapi dengan sistem gearbox CVT dan pacuan terakhir ke tayar belakang menggunakan tali sawat.
Dengan saiz tayar hadapan 14 inci serta tayar belakang 13 inci, skuter ini dilengkapi dengan brek disc hadapan berdiameter 260mm serta belakang berdiameter 220mm. Sistem brek hadapan juga dilengkapi dengan sistem ABS.
Sistem ampaian pada skuter ini didatangkan dari jenama SHOWA iaitu ampaian teleskopik biasa pada hadapan dan sistem ampaian berkembar pada belakang yang boleh dilaras.
Sistem paparan meter digital penuh serta sistem pencahacayaan LED penuh pasti memberikan pandangan yang jelas ketika menunggang.
Didatangkan dengan 2 variasi pilihan iaitu model biasa serta sport, 6 pilihan warna menarik pasti memenuhi pilihan pengguna. Harga yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia amatlah kompetatif iaitu RM19900 untuk varian biasa dan RM20900 untuk varian ‘sport’.
Bagi peminat skuter di Malaysia yang masih mencari-cari, anda bolehlah berkunjung ke Motoplex Petaling Jaya untuk melihat lebih dekat model SR-GT, pasti anda terpukau.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Негізгі бет Спорт Aprilia SRGT 200, Skuter Dalam dan Luar Bandar
Пікірлер: 10