USANITA Sdn Bhd (USANITA) biarpun baru 4 tahun ditubuhkan namum pencapaian dan kejayaan yang ditempa oleh syarikat yang dikendalikan oleh Datuk Adzliana ini menjadi buah mulut ramai pihak. CEO Usanita yang lebih mesra dengan penggilan Datuk Nana ini menetapkan visi dan misi syarikat ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2024.
Pada pertengahan pertama tahun ini USANITA telah bekerjasama dengan syarikat dan agensi kerajaan antaranya ialah PERKESO, UKM dan dengan pihak Kementerian di Indonesia untuk menjalankan program mega iaitu ‘Bridge to Brilliance’ yang menyasarkan untuk menggabungkan dua buah negara serumpun ini untuk memajukan sektor ekonomi dan mengangkat kredibiliti usahawan dikedua buah negara agar setara dengan negara-negara luar.
“Membuka ruang jalinan antara kedua buah negara ini amat dinantikan oleh semua, kami bukan sahaja mahu melihat dari sudut keusahawan semata-mata malah diaspek industri hiburan juga. Dengan adanya Awal Ashaari juga memberi nilai tambah yang positif kepada jalinan ini. Jadi sebab itu Awal Ashaari dipilih sebagai rakan strategik Usanita untuk 2024.” Kata Datuk Adzliana ketika ditemu bual di rumah terbuka hari raya USANITA 2024 yang berlangsung di EQ Hotel pada Khamis.
#USANITA #AwalAshaari #DatukNana #Usahawan #PKS
Негізгі бет Фильм және анимация Awal Ashaari dipilih sebagai wajah USANITA 2024
Пікірлер: 1