Salam semua,
Kalau sebut Ayam goreng ala KFC ni memang semua orang memang suka kan? Terutamanya anak-anak! Kalau nak tahu, entah berapa puluh kali cubaan saya buat semata-mata nak dapatkan salutan tepung yang extra cruncy, extra kerinting ni. Penat buat kajian tau! hahah
Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak teknik dan cara yang betul untuk dapatkan tekstur salutan tepung rangup berkerak macam ni.
Maklumla, anak-anak ni suka sangat duk kutis-kutis makan tepung tu. Setelah baca berpuluh-puluh resepi dan cuba buat, akhirnya dapat jugak la resepi dan cara untuk goreng ayam ala KFC extra crunchy ni.
Dan, paling special, saya kongsikan 10 tips penting dalam video ni, supaya anda semua berjaya dapatkan tekstur salutan tepung yang rangup ni. Kalau nak tahu, bolehla tonton video ni sampai habis ye!
Resepi Ayam Goreng Ala KFC Extra Crunchy
Ayam 1/2 ekor cuci bersih
Perapan Ayam
Boleh perap dengan apa saja bahan perapan kesukaan anda, dlm video ni saya guna
serbuk bawang putih
serbuk lada hitam
serbuk Chinese 5 Spices
Serbuk Lada Sulah
Tepung Ayam Goreng
sedikit air
Tepung Salut Kering
2 Cawan Tepung Ayam Goreng apa2 jenama (saya guna Bestari)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
**kalau suka pedas boleh campur serbuk paprika
Minyak untuk menggoreng
Selamat mencuba ye! Terima kasih kerana menonton.
#ayamgorengalaKFC #ayamgorengcrunchy #resepiayamgorengcrunchy
Негізгі бет Ayam Goreng Ala KFC, Cara Salut Tepung Extra Crunchy!
Пікірлер: 23