Ayam goreng kunyit ala thai yang rangup dan garing diluar, kurang berminyak..dengan tekstur isi ayam lembut didalam, penuh dengan rasa rempah yang diperap menjadikan ayam goreng ringkas ni satu hidangan yang cukup sempurna sebab dah ada sayur mayur kat dalamnya, tak payah masak sayur dah, jimaaattt masa kita yang sibuk sekarang ni kan.
Sesuai nak makan dengan keluarga sebab anak-anak pun boleh makan, tak pedas pun perapan ni, sayur pun disalut tepung memang anak yang susah nak makan sayur boleh makan sebab tepung yang salut sayur jadi rangup, kurangla rasa sayur yang kebanyakan anak-anak ngelat taknak makan sayur sebab pahit la, tak sedap la kata diaorang kan..
Haa ibu ayah boleh cuba masak ayam goreng kunyit camni, mana tahu nanti diaorang suka makan sayur pulak kan. Cadangan Dayang ayam goreng kunyit ni sesuai dihidang bersama kawan baik dia, iaitu sambal belacan ngan telur dadar, tomyam.. Memang boleh pergi jauhh makan camni, siapa setuju sila komen, hihi..
Untuk perap ayam (15~20minit)
500g isi ayam (Dayang guna bahagian dada)
2 sb serbuk rempah kari ayam/daging
1 sb serbuk kunyit
1 st garam halus
2 sb tepung beras
4 sb tepung jagung
Sayur-sayuran
1 biji bawang holand
1/4 biji bunga kobis
4 batang kacang panjang
1 batang lobak merah(guna separuh je)
1 tangkai cili merah
3 sb tepung beras
3 sb tepung jagung
1 sb serbuk kunyit
*sb=sudu besar
st=sudu teh
*Tips: Goreng ayam guna api sebesar mungkin, minyak banyak untuk ayam cepat masak dan rangup diluar, lembut didalam
Nota : Tolak2 ayam untuk asingkan dia dari masak seketul-seketul
Tefal cookware- invol.co/cl56x21
Portable gas stove- invol.co/cl56xrn
_____________________________________________
#ayamgorengkunyit #ayamgorengkunyitalathai
Негізгі бет AYAM GORENG KUNYIT ALA THAI | Rangup, Ringkas dan Kurang Berminyak
No video
Пікірлер: 90