JENIS-JENIS TANDA SEMPADAN
Biasanya kita selalu jumpa 'Batu Sempadan' yang jenis konkrit atau pun jenis batu lama iaitu 'Batu Granit'. Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis Tanda Sempadan yang akan ditemui semasa kita menjalani kerja luar khususnya dalam kerja cari batu sempadan (hakmilik/kadaster). Macam-macam jenis dan bentuk boleh ditemui.
Untuk video kali ini, kita terangkan 4 jenis tanda sempadan, iaitu:
1. BATU KONKRIT (Concrete Mark)
2. BATU GRANIT / BATU LAMA (Old Granite Stone)
3. TANDA SEMPADAN NEGERI (State Boundary Pillars)
4. PAKU BESI ( Nail (In Concrete))
...................................
Sebenarnya mengikut pekeliling terdahulu yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), ada 27 jenis atau Istilah Tanda Sempadan dimana penggunaan istilah dan simbol bagi tanda-tanda sempadan dan tanda-tanda ukur ini yang mengikut ketetapan yang dibuat oleh JUPEM ada didalam Pelan Akui (PA) atau dalam Buku Kerja Luar.
Dan antara 27 istilah /tanda ukur ini, mungkin antaranya sudah tidak relevan atau tidak digunakan lagi. Berikut 27 istilah dan tanda ukur berkenaan:
1. Pepaku Besi Baru
2. Pepaku Besi Lama
3. Batu Konkrit Baru
4. Batu Konkrit Lama
5. Batu Lama
6. Paip Baru
7. Paip Lama
8. Tiang Konkrit Lama
9. Pancang Konkrit Lama
10. Paku Baru (Berkonkrit)
11. Paku Lama (Berkonkrit)
12. Tanda Atas Batu
13. Peti Tanda Ukur
14. Tiada Tanda (TT)
15. Pancang Kayu Keras
16. Piket
17. Tanam Pastian
18. Tanda Terabas Piawai Baru
19. Tanda Terabas Piawai Lama
20. Paip Terabas Piawai Baru
21. Paip Terabas Piawai Lama
22. Tiang Sempadan Antarabangsa
23. Tiang SempadanNegeri
24. Tugu Sistem Penentududukan GPS
25. Tanda Aras Dengan Ketinggian
26. Stesen Trigonometri
27. Tanda Kawalan Ukur Kadaster
RUJUKAN: PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 3 TAHUN 2003 (GARIS PANDUAN AMALAN KERJA UKUR KADASTER SEHUBUNGAN DENGAN PELAKSANAAN PERATURAN UKUR KADASTER 2002)
Bersama kami, kami akan kongsi
Terbitan: CekKay Ukur ~ Aku Budak Survey
#tandasempadan
#batusempadan
#jenisbatu
#akubudaksurvey
Негізгі бет BATU @ TANDA SEMPADAN _Jenis-jenisnya
Пікірлер: 15