Kalau on the way ke Kundasang dari KK, jangan lupa singgah Jambatan Tamparuli. 1 km ja dari jalan besar. Rugi tak ke sana
Respek pada team volunteer di Jambatan Tamparuli. Persembahan percuma yang tak putus2 setiap kali ada pengunjung yang tiba. Sepanjang saya di situ saja, saya dengar 3 kali persembahan. Tahniah. anda lah pejuang budaya. Moga terus dikurniakan kesihatan dalam memperkenalkan budaya kita.
Link facebook - www.facebook.c...
Tamparuli ni tak kurang dengan sejarahnya. Asal nama Tamparuli mengikut Muzium Sabah berasal dari perkataan "ditampar oleh air" yang berasal dari cakap orang Brunei. Dikatakan dulu-dulu, pedagang Brunei susah nak naik ke hulu sungai kerana air yang deras.
Versi kedua pulak katanya Tamparuli ni berasal dari perkataan "Tempat Lori". Sebagai tempat askar jepun dulu menempatkan jentera berat mereka termasuk lori.
Tapi apa pun asal usul nama Tamparuli tu, kisah jambatan tu lebih menarik. Kisah seorang gadis Tamparuli yang paling cantik bernama Solungkoi. Seorang pegawai British bernama Robinson dikatakan jatuh cinta dengan sumandak ini. Tapi percintaan ni dicemburui oleh orang bawahan Robinson yang bernama Intang.
Dikisahkan lagi Robinson ditugaskan untuk membina jambatan tersebut yang kerap runtuh. Oleh kerana buntu, dia dinasihatkan oleh Intang untuk berjumpa dengan Odu-Odu (wanita tua). Odu-Odu ini menasihatkan supaya diadakan korban pada jambatan tersebut dengan gadis paling cantik di Tamparuli. Intang yang cemburu telah mendakwa gadis tersebut ialah Solungkoi.
Dipendekkan cerita, Solungkoi telah dikorbankan dalam pembinaan jambatan tersebut. Robinson yang menyesal dengan perbuatan tersebut dikatakan menulis nama Solungkoi di plat besi dan dilekat di tempat Solungkoi dikorbankan. Katanya plat tersebut masih ada di dalam air. Wallahualam.
Mitos atau sejarah, Jambatan Tamparuli terkenal antaranya oleh lagu Jambatan Tamparuli. Rujuk youtube untuk lagu sebenar. Kisah seorang yang berkasut tinggi dan kehilangan kasut di atas jambatan. Lalu membeli kasut baru. Simple.. tapi legend.
Support our tourism industry. We are happy, and the industry surviving. Win-win
📘 Facebook: www.facebook.c...
📸 Instagram: / panglaman
For collaboration / invitation / or just to get to know each other..
please email at panglamanku@gmail.com
Негізгі бет Belajar Muzik Buluh di Jambatan Tamparuli. Tak Berbakat Rupanya
Пікірлер: 2