🚒 KIDZANIA, KUALA LUMPUR 🚒
#KAMI PERGI SEBELUM PANDEMIK COVID-19#
Kidzania adalah education indoor themepark yang satu-satunya ada di Malaysia. Di sini anak-anak kita berpeluang merasai pengalaman ‘bekerja’ seperti orang dewasa dalam dunia mereka sendiri. Bila berada di dalam Kidzania tu, anda akan dapat rasakan macam berada dalam satu bandar sebenar kerana di situ terdapat balai polis, kedai makan, kilang, hospital, klinik dan macam-macam lagi.
Jangan terkejut ada juga pekerjaan yang tidak dijangka seperti Pegawai LHDN, Mayor dan banyak lagi.
Mereka boleh memilih beberapa pekerjaan yang disukai dan dipakaikan dengan pakaian yang sesuai dengan pekerjaan tu.
Sebagai ibubapa kami berasa sangat teruja melihat anak-anak mendengar arahan dari boss setiap pekerjaan, yang lebih menyeronokkan lagi, anak-anak akan diberikan upah selepas selesai membuat kerja. Dengan duit gaji tersebut, mereka boleh shopping di kedai kidzania menggunakan matawang Kidzos ataupun boleh menyimpan gaji mereka di bank dan gunakan untuk next visit. Kad bank valid sehingga umur kanak-kanak mencecah 17 tahun. Seronok kan??!!
Beberapa tips untuk mengelakkan kesesakan di Kidzania :
✅Tiket: Sila beli tiket semasa promosi, boleh search di website atau di Matta Fair
✅Makanan: TIDAK DIBENARKAN membawa makanan luar, TETAPI Air Mineral boleh ye jadi sila la bawak Air Mineral botol besar siap-siap
✅Anak Bawah 4 tahun boleh pergi ke ‘Infant Area’, 1st Floor disitu ada space seperti kids play area dengan ruang yang agak besar berserta baby room yang lengkap dengan water heater dan sebagainya
✅Hot Activities WAJIB CUBA:
Fire Station, Police Station, McDonalds (Burger Shop) - Ground Floor
Air Asia Simulator, Vitagen Marigold, Pharmaniaga Vitamin - 1st Floor.
SAYA CADANGKAN KANAK-KANAK UMUR 6 TAHUN KE ATAS SAHAJA SERONOK JIKA PERGI KE SINI
♥️Jom Follow, Like & Support Kami♥️
⬇️⬇️⬇️⬇️
linktr.ee/Wegotravel
linktr.ee/Wegotravel
Inquiries : wegotravel.my@gmail.com
#WeGoTravel
#wegotravelmy
#traveldalamnegara
#CutiCutiMalaysia
#TourismMalaysia
#KidzaniaMalaysia
Негізгі бет Best GILER KIDZANIA SEBELUM Covid -19 - KIDZANIA, Kuala Lumpur : We Go Travel
Пікірлер: 49