(video sekadar ilustrasi penceritaan)
11 RGK 'BERANI MATI'
Rejimen Ke-11 Gerak Khas (11 RGK) yang mempunyai cogan kata ‘Tetap Unggul’ agak jarang ditampilkan sebelum ini dan disifatkan sebagai ‘low profile’
Malah, ‘kehadiran’ mereka yang sering kali berpakaian serba hitam dan bertopeng hanya dapat dilihat semasa demonstrasi anti pengganas membabitkan majlis tertentu.
Majoriti masyarakat umum hanya mengenali RGK sebagai pasukan khas Tentera Darat dengan identiti beret hijau dan lanyard biru tanpa mengenali unit itu yang di bawah naungan Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) yang lain.
Selain 11 RGK, unit kecil lain di bawah GGK iaitu pasukan khas Tentera Darat ini terdiri daripada Rejimen 21 Komando, 22 Komando, Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) dan Garison.
Struktur 11 RGK lebih kecil berbanding Rejimen 21 Komando dan 22 Komando yang diletakkan di bawah naungan 21 GGK.
Setiap unit mempunyai tugas tersendiri antaranya Rondaan Kumpulan Kecil (RKK), tempur jarak dekat (CQB), letupan, amfibia dan sabotaj.
Bagi 11 RGK, unit ini dianggap sebagai ‘Special Air Service’ (SAS) Malaysia kerana cukup terlatih dalam operasi anti pengganas menerusi Unit Lawan Keganasan (ULK) di samping kepakaran-kepakaran lain.
Di samping itu, anggota 11 RGK turut mengadakan latihan bersama pasukan khas luar negara antaranya Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK) bagi memantapkan kepakaran sedia ada.
Mega Wira turut difahamkan, setiap anggota 11 RGK perlu berkhidmat selama enam tahun dalam unit ini sebelum layak ditempatkan di ULK dan ditugaskan dalam operasi khas.
Maka, sudah semestinya mereka perlu menjalani eksesais ‘berani mati’ termasuk penggunaan peluru hidup ketika menjalani latihan CQB di ‘killing house’.
Ini adalah bagi memastikan keberanian dan kemahiran anggota komando berada pada tahap tertinggi demi memastikan sebarang operasi.
Justeru, tidak perlu dipertikaikan tahap kemahiran dan latihan anggota unit ini dan pasukan khas lain dalam menjaga keselamatan negara.#shorts
Sesungguhnya pengorbanan mereka terlalu besar untuk bumi Malaysia.
Kredit : Buddy of Malaysia Military & Police
Info penuh 👇🏻👇🏻👇🏻
www.facebook.c...
Негізгі бет BHGN : 2 HARIMAU YANG MENGGIGIT BENET! UNIT 11 RGK!
Пікірлер: 95