Ringkasan pembukaan laluan Putrajaya Fasa 2 (Putrajaya Sentral - Kampung Batu) bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) pada 16 Mac 2023. Hari bersejarah ini juga merupakan titik permulaan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya secara keseluruhan dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara.
Laluan MRT Putrajaya atau MRT 2, sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP), akan menjadi laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh-Kajang dan Bandar Utama-Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.
Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022. Fasa kedua yang selebihnya mula beroperasi pada 16 Mac 2023.
Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer, di mana 13.5 kilometer terletak di bawah tanah. Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah. Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.
Негізгі бет Bingkisan Pembukaan Laluan MRT Putrajaya (Fasa 2)
Пікірлер: 5