Dah lama Che Nom tak buat video dessert kan? Kali ni jom kita tengok resepi Biscoff Tiramisu, yang cukup mudah untuk disediakan kerana tanpa perlu bakar, tanpa telur & tanpa gelatin..sesuai untuk sesiapa yang vegetarian. Rasa yang premium dan sangat sesuai untuk dibuat jualan. Ada 3 jenis lapisan dalam setiap bekas, iaitu lapisan biskut lotus, lapisan cream cheese dan lapisan biscoff spread. Ada gabungan rasa sedikit manis berempah daripada biskut dan spread biscoff, rasa masam berlemak dari cheese dan whipping cream, dan juga sedikit rasa serta aromo dari kopi.
Nota: Harga yang Che Nom share di KZitem adalah anggaran harga setiap bahan ikut sukatan resepi. Nanti Che Nom akan share secara lebih terperinci mengenai kiraan tersebut (Akan Datang)
Kod Bekas : PL 668 B
Saiz Bekas : 10cm x 10cm x 6cm
//Bahasa Melayu
-------------------------------------
500g krim keju
400g krim putar tenusu
50g / 4 sudu besar gula kastor
40g / 2 sudu besar sapuan Biscoff
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan kopi
32 keping biskut Biscoff
Bahan untuk hiasan:
1½ - 2 sudu besar sapuan Biscoff cair
Serbuk biskut Biscoff
Kepingan biskut Biscoff
//English
-------------------------------------
500g cream cheese
400g dairy whipping cream
50g / 4 tablespoons caster sugar
40g / 2 tablespoons Biscoff spread
1 teaspoon vanilla essence
1 cup coffee
32 pieces of Biscoff biscuits
Ingredients for topping:
1½ - 2 tablespoon melted Biscoff spread
Biscoff crumbs
A pieces of Biscoff biscuits
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
#resepichenom #biscofftiramisu
Негізгі бет Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar & Tanpa Telur | Edisi Niaga
Пікірлер: 286