(BBP)Bukit Batu Putih Tanjung Tuan sebenarnya dalam negeri Melaka bukan dalam negeri sembilan. mulanya aku keliru jugak last-last aku tanya orang sekitar situ barulah aku tahu.
Bukit Batu Putih Tanjung Tuan sempadan antara Melaka dan negeri sembilan. disebabkan Bukit Batu Putih ini mudah dari negara sembilan tu yang ramai sebut Bukit Batu Putih Port Dickson Negeri Sembilan.
tarikan utama Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ialah pemandangan laut biru selat Melaka. memang cantik kalau boleh hari-hari aku nak training kat sini 🤣🤣🤣.
sekitar Bukit Batu Putih ini ada pantai cantik indah damai tenang hehehehehehe Pantai Tanjung Tuan dan monkey bay, sempat jugaklah aku singgah rehat-rehat dekat sini.
kalau korang nak tahu Bukit Batu Putih ini batuan kuarza yang berusia 200 juta tahun. satu-satunya hutan tropika persisiran laut di Malaysia.
lokasi Bukit Batu Putih terletak 20km dari bandar Port Dickson negara sembilan. bas tak masuk sini jadi nak datang sini guna kenderaan sendiri atau grab dan taxsi.
trek pendakian sangat mudah, 30minit hiking dah boleh sampai Bukit Batu Putih layan view laut selat Melaka. nasihat aku datang awal pagi jangan tunggu matahari dah terpacak baru nak naik, panas mat.
Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ada banyak sejarah salah satu sejarahnya rumah api Tanjung Tuan atau dikenali sebagai Rumah Api Cape Rachado, rumah api ini dibina pada abad ke 16 oleh portugis, merupakan rumah api tertua di Malaysia.
banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ini. aku sempat pergi satu dua tempat sahaja, so apa lagi jom Bukit Batu Putih.
#hikingmalaysia #hikingadventures #hikinglife #solohiking #hikingcanada #hikinggear #hikingphotography #hikingbackpack #dayhike #gunung #gunungindonesia #hiking
Негізгі бет BUKIT BATU PUTIH TANJUNG TUAN MONKEY BAY BEACH cantik hiking Malaysia
Пікірлер: 49