Bukit Wawasan terletak di Persiaran Bukit, Taman Wawasan, Puchong yang meliputi Hutan Simpan Ayer Hitam. Walaupun ia terletak di dalam Kawasan Hutan Simpan, namun buat masa ini tiada penguatkuasaan bayaran permit bagi memasuki Kawasan Hutan Simpan ini dikenakan. Namun begitu para pendaki tidak dibenarkan mendaki ke Kawasan larangan. Oleh itu hanya pendakian di Trail A dan B sahaja dibenarkan.
Trail Pendakian Bukit Wawasan diselenggara oleh komuniti setempat iaitu Persatuan Komuniti Hutan Wawasan yang diuruskan bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau pun ianya merupakan hutan simpan, namun treknya yang tidak berbahaya dan sering digunakan oleh penduduk di sekitarnya maka bukit Wawasan ini telah menjadi salah satu tempat rekreasi dan riadah yang boleh digunakan oleh orang awam.
Trek pendakian Bukit Wawasan adalah tanah padat yang keras dan mempunyai akar pokok.
Негізгі бет Bukit Wawasan Puchong Trekking
Пікірлер: 26