Minggu ini aku berkhemah di tepi pantai pula. Lokasi yang dipilih adalah di Pueh Karomboi Beachstay, Sematan. Terletak jauh dari Bandaraya Kuching, tempat ini menjanjikan suasana yang sangat tenang dan mendamaikan.
Tidak ramai yang tahu akan kewujudan tempat ini tapi percayalah bahawa jika anda bermalam di sini, ianya sungguh berbaloi. Sungguh senyap pada waktu siang malam dan hanya akan ditemani dengan bunyi ombak, angin, dedaunan yang bertepukan dan cengkerik.
Walaupun hanya berlantaikan pasir, tapi tidur aku terasa sungguh selesa ditambah lagi dengan angin sejuk yang datang dari kawasan gunung di belakang tempat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :
Sila hubungi Encik Edmond di talian +60102748558 ( termasuk whatsapp )
Негізгі бет Camping | Pueh Karomboi Beachstay, Sematan
Пікірлер: 23