Ruang : Wawansabda Bahasa
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Editor : Yusaida Yusof
Kefasihan berbahasa Melayu dan secara tidak sengaja perkongsian di pelantar TikTok @kimberly.chuah membuatkan gadis genit yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter dengan berat 50 kilogram ini semakin dikenali oleh masyarakat umum. Tidak dinafikan, percakapan khususnya sebutan Kimberly Chuah yang merupakan anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur ini ketika berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, tiada langsung kejanggalan dan kepelatan yang terluncur dari mulutnya; malah tiada siapa pun menjangkakan gadis ini sebenarnya berketurunan Baba Nyonya kerana wajahnya “kurang pedas” seperti gadis Cina yang lain. Selain gemar makanan pedas khususnya sambal belacan, Kimberly juga gemar menari dan merupakan pembahas bukan Melayu terbaik yang dilahirkan oleh guru Bahasa Melayunya, Cikgu Mohd Bakri Talib (SMK Zon R1 Wangsa Maju).
Bersama penulis, Rosli Mohd Nordin dan videographer, Azrul Azizi Aziz mendekati Kimberly yang merupakan seorang pelakon drama, bakat iklan komersial (talent) dan pengacara televisyen yang sedang mencipta nama sebagai pelapis anak seni generasi baharu “berwajah Malaysia”.
Pelantar Media Sosial
Instagram: @kimberly.chuah
TikTok: @kimberly.chuah
KZitem: Kimberly Chuah
Facebook: Kimberly Chuah
Twitter: @Kimberly_Chuah
Koordinator : Rosli Mohd Nordin
Pengarah Seni : Rosli (IG : @roslimohdnordin)
Jurufoto : Azrul Azizi Aziz (IG : @azrul_azizi_aziz)
Videografer & Suntingan Visual : Azrul (IG : @azrul_azizi_aziz)
Lokasi : Pusat Pemasaran & Pengambilan (MRC) Universiti Malaya
(Terima kasih Tuty Haryati Kasim)
Негізгі бет “Cantik, Petah dan Berbakat, Generasi Baharu Anak Seni Malaysia” Kimberly Chuah
Пікірлер: 11