Cara masak ayam ala kfc (resepi 1 ekor ayam)
Bahan kering
1. Tepung bestari biasa (original)/pedas - 6 cup
2. Kanji jagung - 2 cup
*dalam video, aku campur tepung bestari pedas dan original. So, thats why jdi tepung bestari pedas 3 cup, tepung bestari original 3 cup
Bahan basah
1. Air sejuk
2. Tepung bestari
Perapan ayam
1. Ikut suka, cita rasa sendiri
Cara2 masak
1. Campur bahan kering, gaul hingga rata dan ayak tepung tersebut
2. Campur bahan basah, aduk kan hingga sebati dan pastikan sedikit cair, jgn terlalu pekat likat
3. Masukkan ayam kedalam step 1, dalam video, saya masuk seketul² sebab pakai periuk kecik. Jangan tekan tepung pada ayam. Cukup sekadar ayam di salut nipis sahaja. Kalau tepung banyak sangat lekat dekat ayam, ketuk² sket ayam tu
4. Kemudian, celupkan ayam kedalam step 2. Ketuk² sket ayam supaya bahan basah tidak terlalu banyak melekat dekat ayam.
5. Masukkan kembali ayam ke step 1. Pastikan ayam di salut sekata dengan tepung. Tekan² sket tepung tu biar tepung melekat dekat ayam.
6. Ayak ayam sehingga naik bunga tepung a.k.a ketulan² tepung.
7. Goreng ayam di dalam minyak yang cukup untuk meneggelamkan ayam. Make sure minyak betul² panas dan api yg kecik/slow. Untuk hasil yang lagi menarik, saya gunakan periuk dan saya letak jaring pada dasar periuk
8. Goreng selama 10-15 minit. Bergantung pada saiz ayam. Angkat ayam dan sejatkan minyak.
9. Siap!
Негізгі бет Cara buat Ayam goreng crispy ala KFC wawasan 2020 [bunga tepung macam kfc]
Пікірлер: 124