Assalamualaikum gaisss...
hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat pagar rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan keseluruhan pagar. Kalau kira masa untuk mengecat ni ambil masa 9 jam, sebab hari jumaat tu mula dari pukul 9 sampai pukul 12 je. kena berhenti sembahyang Jumaat. dan sebelah petang tu rasa malas lak, sambung pula pagi sabtu pukul 9 hingga pukul 3 petang dah siap. kiranya ambil masa cuma 9 jam la. memang cepat buat kerja.
cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat pagar menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat.
sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt.
Air Compressor sekarang ni dah murah. bawah harga RM500 pun dah boleh dapat kat kedai. So... tak rugi kalau beli Air Compressor ni.
ok gais.. terima kasih kerana menonton video ni. kalau korang rasa video ni bermanfaat, jangan lupa like dan share ye... jangan lupa juga subscribe channel Addashuk ye, ini akan memberikan semangat kepada abang untuk terus membuat video dan berkongsi ilmu untuk korang semua..
terima kasih kerana menonton
Негізгі бет CARA CEPAT CAT PAGAR GUNA AIR COMPRESSOR
Пікірлер: 55