Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 biji telur
isi ayam, hiris nipis
sayur campur (karot,sawi,hirisan bawang besar)
lada sulah
1 sudu kecil chicken stock
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bahan untuk hiasan:
bawang goreng
hirisan daun bawang
hirisan cili
timun
Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak.
Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
Masukkan pula 1 sudu kecil stock ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana chicken stock sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.
Tips:
Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasi goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng. stoMon selalu letak di bawah kipas dahulu untuk sejukkan nasi.
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
Hey yooo whatapps boys and girls ! my name is stoMon_
PSN ID : stoMon
Our subcribe target is 1,000. Thank You Boys & Girls for the subcribe..its helping my page (Emon TV) , I hope you guys are entertained and having a wonderful day. Chillex all
---------------------------------------------------
Don't forget hit more button LIKE ,SHARE and SUBCRIBE, You all are the besttt and awesome..
--------------------------------------------------
You all also can add/follow me on :-
Discord - stoMon#7120
Steam - stoMon69
Origin - StomonTV
PSN - stoMon
Instagram - stoMonTV
KZitem - Emon TV
#masakmasak #resepisenang
Негізгі бет Ойындар Cara masak Nasi Goreng Cina yang sedap!!!!
Пікірлер: 267