Resepi kuih sarang semut@kuih jala@kuih karas.
Bahan-bahannya:
==============
Tepung beras 3 paket
Gula 3 cawan
Santan serbuk 1 paket
Air 1500ml
minyak masak.
cara-cara
========
5.Tepung beras 500gm kita perlukan sebanyak 3 paket.
6.Santan serbuk 1 paket( boleh juga mengunakan santan cair yang dalam kotak
7.Gula 3 cawan( boleh kurangkan jika tidak suka manis)
8. Air kita perlukan sebanyak 1500ml(lebihkan pun boleh untuk kita mencairkan adunan tepung anda nanti,jika ia rasa likat.
9. Sekarang kita kena larutkan gula ini, menggunakan 1500ml air tadi.Ingat! jika anda menggunakan santan cair yang dalam kotak kurangkan air Cth:air 1400ml+santan100ml=1500ml( jadi semua cecair 1500ml)
10.Buka 3 paket tepung beras. tadi,tuangkan kedalam bekas yang telah disediakan
11. masukkan 1 paket santan serbuk.
12 .Gaul santan dan tepung beras terlebih dahulu.
13.masukkan 1200ml air gula kedalam tepung sedikit demi sedikit,sambil di adun menggunakan tangan. Nota! 300ml air kita simpan untuk digunakan lagi nanti,untuk mencairkan adunan jika adunan mulai likat
14.untuk memastikan sama ada adunan tepung tadi,sudah boleh digunakan,cuba angkat tepung ikut seperti saya buat divideo ini.Jika aliran Tepung tidak putus,maksudnya betullah kadar kepekatan tepung anda
15.Untuk hasil yang lebih baik dan tekstur yang cantik sangat disarankan tutup dan perap adaunan ini paling kurang selama 2 jam.
16.ingat! selepas 2 jam adunan tepung anda akan menjadi lebih likat( tepung mengembang dan air terserap semasa proses perapan)tambahkan sedikit air gula untuk menyeimbangkan kadar kepekatan adunan
17.gaul terlebih dahulu sebelum mula menggoreng jika adunannya likat tambahkan sedikit air lagi ok.kerana lepas diperap adunan akan menjadi lebih likat( guna lebihan air gula tadi untuk mencairkan nya)
18 .ini adalah sudip alat khas yang direka khas bentuknya agak unik ini bertujuan untuk memudahkan kuih jala anda dilipat.
19ini adalah acuan kuih sarang semut@kuih jala@kuih karas diperbuat dari tempurung kelapa.
20.masukkan minyak masak secukupnya untuk menggoreng.Ingat biarkan minyak panas terlebih dahulu sebelum mula menggoreng.
21.Tips! langkah ini adalah bertujuan supaya aliran adunan tepung lancar keluar daripada lubang acuan tempurung kelapa kita.
22.sekarang masukkan adunan tepung ke dalam acuan Ingat! kawal api masa menggoreng pastikan suhu minyak tidak terlalu panas supaya kuih kamu tidak hangus
23.Tips! jika kamu masih perlukan sesuatu untuk mengetuk acuan agar tepung keluar dari lubang acuan,itu bermaksud adunan tepung kamu agak likat .
24.Tips! Tapi jika kamu mahu lebih senang tambahkan lagi sedikit air supaya adunan tepung keluar dari acuan tanpa perlu diketuk dan kerja kamu akan menjadi lebih senang dan santai.
25.Tips! jika kamu pertama kali memmbuat kuih ini,saya sangat mengesyorkan lebih baik guna teknik mengetuk acuan supaya kamu tidak tersilap bancuhan.
26.ulang langkah sehingga habis
***************************************
Untuk mempelajari caranya secara detail sila tonton video ini. Tips dan cara ditunjukkan didalam video ini selengkapnya.
Негізгі бет Cara membuat kuih sarang semut@kuih jala@kuih karas menggunakan sukatan yang betul dan tepat.
Пікірлер: 49