DAPUR STAINLESS STEEL ATAU KACA: YANG MANA SATU PILIHAN DAPUR TERBAIK?
Dapur stainless steel atau kaca. Apa perbezaan antara 2 jenis dapur masak ni? Yang mana satu anda patut beli? Jika anda tidak tahu yang mana satu pilihan terbaik, video ini khas untuk anda.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew akan kongsikan bagaimana cara untuk memilih dapur masak yang sesuai. Jika anda ada sebarang soalan setelah menonton video ini, terus komen dibawah.
Sama ada anda hendak memasang dapur baru, ingin menggantinya atau menaik taraf dapur anda, ada beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan, iaitu:
Reka bentuk dapur, Pembersihan, Ketahanan, Keselamatan, Harga, Pengagihan haba dan Penyelenggaraan.
Dapur gas jenis kaca (tempered glass) mempunyai rekabentuk yang moden. Ia juga mampu menahan suhu yang tinggi. Tempered glass merupakan kaca yang mempunyai kekuatan 4-5 kali ganda daripada kaca biasa. Serta boleh didapati dalam 2, 3 dan 4 burner. Jadi anda boleh membuat pilihan mengikut keperluan anda.
Antara tips untuk menggunakan dapur jenis kaca ini adalah:
1. Elakkan memasak menggunakan periuk atau kuali yang berat kerana dapur jenis ini tidak mampu menahan beban atau berat yang melampau.
2. Elakkan lap permukaan dapur kaca menggunakan kain basah ketika masih dalam keadaan panas
3. Pastikan anda memilih dapur kaca yang berkualiti. Digalakkan anda memilih jenama yang berkualiti dan diiktiraf.
Apa kelebihan dapur gas kaca?
1. Sangat mudah dibersihkan berbanding dapur gas biasa.
2. Menaikkan seri dapur anda kerana rekabentuknya yang moden dan elegen.
3. Mudah untuk diselenggara
4. Permukaan di sekitar “burner” tidak menjadi sangat panas.
Apa kekurangannya pula?
1. Mempunyai risiko untuk pecah.
2. Dapur gas jenis kaca tidak mampu menampung berat atau beban yang melampau.
3. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia pecah.
Dapur gas stainless steel
Keseluruhan permukaan dapur diperbuat daripada logam tahan karat. Ketebalan permukaan dapur jenis ini bergantung pada jenama ataupun dapur gas yang anda pilih.
Antara tips untuk menggunakan dapur gas jenis stainless steel ini adalah:
1. Jangan letak barangan plastik berhampiran dapur gas.
2. Pastikan permukaan luar dapur ini sentiasa kering
Apa kelebihan dapur gas stainless steel?
1. Mudah dibersihkan kerana permukaannya yang licin dan berkilat menyukarkan tumpahan atau minyak melekat diatasnya.
2. Tahan lama dan tahan lasak. Disebabkan ianya tahan karat, semestinya karat tidak akan terhasil pada permukaanya.
3. Kebanyakan dapur jenis ini lebih murah berbanding dapur gas kaca.
Apa kekurangannya pula?
1. Pemukaannya senang calar
2. Kilat pada permukaan dapur boleh hilang dalam tempoh masa panjang
Dapur gas merupakan satu tambahan untuk setiap dapur. Anda harus sentiasa menyemak budget dan keutamaan anda semasa memilih dapur gas.
Selain itu, dapur gas stainless steel mungkin menjadi pilihan yang baik jika anda mencari dapur gas yang low maintenance dan tahan lasak. Manakala, jika anda mencari dapur gas yang nampak moden dan elegan, dapur kaca merupakan pilihan yang lebih baik.
Secara umum, dapur gas stainless steel sudah lama menjadi standard dapur di Malaysia tetapi dengan penampilan yang lebih elegan dan moden, dapur gas jenis kaca lebih disukai sekarang.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.
Негізгі бет CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI
Пікірлер: 63