Cara Nak Sewa Kereta Di Arab Saudi
Senang je nak sewa kereta di Arab Saudi. Pertama, kalau nak sewa kereta kita kena pilih syarikat sewa kereta yang betul dan berdaftar..
Untuk di Riyadh ni banyak Syarikat yang membuat Car Rental ni..
Korang tinggal pilih mana yang bagus..
Dokumen perlu anda sediakan sebelum sewa kenderaan.
-Iqama/Pasport
-Lesen Memandu Saudi/Lesen Antarabangsa
Okay, semua dokumen lengkap. Sampai di syarikat sewa dan pilih nak kereta besar ke kecil.
-Kategori kereta kecil ialah 4 seater dan kebawah dan mempunyai kapasiti enjin kurang 2.0 cc.
-Kategori kereta besar ialah 4 seater dan keatas dan mempunyai kapasiti enjin 2.0cc keatas.
Sewa kenderaan di Arab Saudi agak beza dengan negara lain, selain saiz kenderaan dan bilangan hari sewaan, mereka akan kenakan bayaran untuk bilangan jarak kilometer. Jadi berhati hati 😉
Selesai semua urusan, periksa lah kenderaan anda seperti periksa kesan calar, tayar spare dan kerosakan kenderaan bersama sama individu disitu. Kalau saya , saya akan rakamkan satu kenderaan sebagai bahan bukti.
Selepas periksa kenderaan, ambil kunci dan memandu lah dengan berhemah.
Tips :
-Jika ingin guna kereta sewa lebih seminggu anda digalakkan mengambil tempoh sebulan sebab harga lebih murah
-Ambil kereta besar kalau kawan kawan ramai
-Ambil kereta yang sesuai untuk urusan yang di rancang. Contoh nak masuk padang pasir ambil lah kenderaan pacuan 4 roda.
Негізгі бет Cara Untuk Menyewa Kereta Di Arab Saudi,Riyadh
Пікірлер: 11