Video kali ini membawa anda semua memancing tapah di kawasan pendalaman Sarawak, iaitu di Sibu. Bebekalkan pengalaman dari tekong kami yang juga sudah biasa dengan selok belok kawasan berkenaan membuatkan hasil pancingan kami begitu menggalakan.
.
.
Dengan keadaan engine perahu kami yang rosak, trip kali ini hampil dibatalkan, tertapi berkat semangat pasukan, kami teruskan juga dan berjaya mendaratkan ikan idaman kami.
.
.
Trip ini dijalankan selama 2 hari 1 malam dan memaksa kami untuk tidur dihutan dan hanya beralaskan tanah. Bukan itu sahaja, keadaan cuaca yang hujan membuatkan kami lebih sukar untuk menghidupkan api dan memakan masa lebih sejam sehingga api kami marak sebelum kami dapat memasak masakan malam kami.
.
.
Diharap ada semua terhibur dengan gelagat kami semasa trip kali ini untuk menduga sang gergasi sungai, iaitu ikan tapah.
Негізгі бет CASTING TAPAH MEGA 40KG | SYURGA TAPAH MEGA
Пікірлер: 120