Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor ini dibawakan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod 7 ini, Rhys meneruskan pengembaraan mencari usahawan "ZERO to HERO" di Daerah Gombak.
Rhys bertemu dengan Dr. Zairul, pemilik sambal Ready-To-Eat iaitu Sambal Samza’s. Pelbagai jenis sambal yang dihasilkan dan yang paling penting, mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana sahaja. Rhys tidak akan melepaskan peluang untuk belajar sendiri cara membuat sambal untuk menjadi tahan lama. Jom tonton untuk melihat keunikan dan rahsia Sambal Samza’s.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZitem, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Негізгі бет Dari Buat Sambal di Depan Rumah Kini Memiliki Kilang Sendiri
Пікірлер: 12