Benar, tidak ada perkara mustahil di dalam hidup ini selagi seseorang itu gigih berusaha dan terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa.
Siapa sangka, pemilik nama Sharifah Nurul Shahida yang juga merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Taiping, Perak ini dahulunya pernah bergelar gelandangan di Kuala Lumpur sehingga terpaksa tidur di kaki lima bersama bayi yang baru dilahirkan semata-mata untuk mencari rezeki bagi mengubah nasib keluarga.
Namun, berkat semangat, usaha dan doa yang tidak pernah putus, beliau kini boleh bernafas lega apabila produk Pekasam Viral Shazam yang diusahakannya telah berjaya menjadi fenomena serta mendapat sambutan hingga ke luar negara sekaligus menjadikan beliau seorang jutawan!
Dan sempena Tahun Baharu 2022 esok, kami bawakan kepada anda sebuah kisah penuh inspirasi yang sarat dengan emosi sebagai penyuntik semangat untuk kita semua berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang di tahun yang lebih mencabar ini.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka", Surah Ar- Ra’ad ayat 11.
Негізгі бет DARI GELANDANGAN, KINI BERGERLAR JUTAWAN! - Sahabat Berjaya AIM
Пікірлер: 17