Mungkin ada rakan-rakan yang mencari platform yang sesuai untuk memudahkan pelajar melakukan semakan markah mereka mahupun status permohonan pelajar mahupun keputusan pertandingan yang anda laksanakan.
Jangan risau.
Tutorial ini sangat mudah dan basic jika anda belum pernah menggunakan Data Studio. 🤩🤩
InsyaAllah durasi18 minit 30 saat ini akan memberikan anda satu pengalaman baru. Jika sebelum ini kita mungkin berkongsi atau memberikan markah pelajar didalam group WhatsApp / Telegram dalam bentuk screenshot picture, PDF atau Google sheets/excel, kali ini rakan-rakan guru dan pendidik boleh membina satu platform bagi memudahkan pelajar menyemak markah kuiz, ujian mahupun tugasan mereka secara dalam talian. Dengan menyediakan platform ini juga, guru-guru boleh memberi atau berkongsi markah-markah pelajar dengan menjaga "privacy"mereka kerana melalui platform ini pelajar hanya boleh melihat markah mereka sahaja tanpa melihat markah rakan-rakan yang lain.
Semoga tutorial ini bermanfaat. Dibawah ini saya sertakan screenshot gambar sebagai pengenalan kepada tutorial ini. Tutorial penuh boleh didapatkan di link dibawah atau diatas. 🙈 Terima kasih atas sokongan anda semua. 😃
LINK VIDEO : • Data Studio:Cara Bina ...
#semakanMarkah #dataStudio #FilterMarkah
Негізгі бет Data Studio:Cara Bina Dashboard Semakan Markah Pelajar |Filter markah dengan mudah,cepat dan pantas!
No video
Пікірлер: 122