Ko menteri keawangan , ko perdana menteri , ko pengerusi 1 mdb .. tu pun tunggang langgang 1 mdb
@malaysspring6472
2 жыл бұрын
Lepas Tu kena tipu dgn cina jholow
@udanis66
2 жыл бұрын
Part 1 - Ini ulasan aku mengenai perdebatan ini. Harap maaf kalau panjang sangat sebab aku sangat prihatin mengenai negara aku Malaysia. Terserahlah kalau nak baca. Overall, aku rasa format perdebatan ini membosankan. Hanya 3 minit setiap kali cakap sangat pendek. Tak sempat nak luahkan pendapat penuh. Sepatut sekurang2nya 5 minit. Dan tak perlu berdebat 2 tajuk sekali gus dalam 1 jam perdebatan. Tak sempat nak beri hujah sepenuhnya. Cukuplah isu Sapura sahaja diperdebatkan. Itu yang kita nak dengar. Isu hala tuju eknonomi Malaysia, buat perdebatan lain hari aje... Sebab isu ekonomi negara terlalu luas untuk dihujahkan. Banyak faktor2 perlu dibahaskan. Last sekali, "silent audience" sampai tak boleh bertepuk??? Boring giler... Macam cakap sorang2. Anyway, ini ulasan aku mengikut sessi hujah. 1- Mukadimah 4 minit Secara keseluruhan, hujah pembukaan Najib dan Anwar adalah mengenai konsep pemikiran mereka. Najib berfikiran konsep sistem "PAYUNG". Sama cara pemikiran seperti Tun M semasa jadi PM diawal pemerintahannya. Iaitu tingkatkan syarikat gergasi bumiputra dengan harapan syarikat gergasi ini akan membantu pula syarikat2 kecil dibawah naungannya secara automatik secara sistem payung. Sebab itu Najib sokong Sapura ini diselamatkan. Sementara konsep pemikiran Anwar pulak ialah melihat konsep "PAYUNG" juga tetapi lebih kepada memastikan sistem "PAYUNG" tersebut tidak mengalami ketirisan. Anwar nak payung itu berfungsi betul2 seperti payung kerana di zaman BN, konsep payung ini mengalami ketirisan yang teruk. Seperti contoh, Anwar berikan alasan dimana CEO dan kuncu2/kroni2 mereka mendapat pendapatan sehingga melebihi 1 billion walaupun ketika Sapura rugi sejak tahun 2016 dari zaman BN. Takkah itu salah satu keadaan tiris yang gila??? Perkara ini bukan sahaja terjadi pada Sapura saja malah banyak terjadi kepada GLC lain seperti MAS dan termasuk Tabung Haji sendiri. Sistem pengurusan yang lemah ditambah pula ketamakan para pengurusan GLC lantikan politik. Itu yang Anwar cuba ketengahkan. Kalau kita masih nak "bail out" atau selamatkan payung yang sudah tiris maka apakah hasilnya nanti? Tetap akan tiris juga, kan? Jadi secara ringkasnya Najib bercakap mengenai "WHY" dan Anwar pula bercakap pasal "HOW"? Aku ambik contoh mudah lah... Dulu Najib buat keputusan untuk negara jamin hutang 1MDB dengan mengabaikan samada 1MDB boleh beroperasi dengan baik atau tidak? Akhirnya negara terpaksa tanggung hutang 1MDB sebab dulu kerajaan setuju jamin 1MDB tanpa membuat siasatan forensik mengenai 1MDB. Takkan kita nak ulang kebodohan kita seperti yang terjadi kepada 1MDB? Niat bagus tapi cara salah. Seperti MAS juga, kerajaan setiap tahun bantu agar MAS terus beroperasi sebab MAS tak pernah untung sejak merdeka. Hanya atas alasan "harta kerajaan" maka adakah kerajaan akan terus membantu MAS membabi buta? Kita tak pernah buat forensik untuk melihat kenapa MAS sentiasa rugi? Itu yang Anwar nak sampaikan. 2- Hujah pertama 3 minit Najib syorkan Petronas ambilalih Sapura atas alasan Petronas lebih expertise. Habis sebelum ni Sapura jadi syarikat ke 2 terbesar di dunia guna expertise mana dan siapa? Pelik juga? Jika Petronas ambilalih, lebih baik Petronas beli aje Sapura tu pada harga pasaran terkini. Sekurang2nya ia masih milik negara kita sebab Petronas milik kita. Kedua, jika bank bagi pinjaman kat Sapura tetapi dijamin oleh kerajaan. Tidakkah itu "bail out" oleh kerajaan namanya juga wahai Najib? Hanya mengubah ayat tetapi still kerajaan kena jamin pinjaman itu. Sama seperti kes kerajaan jamin hutang 1MDB. Najib pusing ayat macam lah kononnya rakyat tak faham. Kita boleh bail out sesuatu syarikat tetapi kena lah betul caranya. Takkan hanya kerana atas nama "KERAJAAN" atau "BUMIPUTRA" atau "MELAYU" maka kita perlu bertindak secara bodoh. Alamak... Aku cadang nak ulas semua perdebatan ni tetapi hujah pertama aje, sudah panjang berjela. Sorry. Aku stop disini je. Pasal isu Sapura udah lah. Kalau ada sesiapa nak aku ulaskan semuanya, just bagitau... Part 2 nanti. Wallahualam.
@slmbkdk
2 жыл бұрын
bro thanks for the explanation. please sambung part 2. terima kasih 👍
@ozamatazbuckshank7467
2 жыл бұрын
Mohon part 2 tuan
@mohdfz5601
2 жыл бұрын
Terbaikk bro..ulasan yg mudh difahami..👍👍👍👍👍
@uwaisshafee6199
2 жыл бұрын
Terbaik broo
@mvmovie_channel7315
2 жыл бұрын
Mantap tuan,sila sambung part 2.tq
@daengramliakil8172
2 жыл бұрын
Yang seorang bijaksana, rajin membaca dan mahir ekonomi. Seorang lagi celaru, rekayasa, lemah akal dan macam guru tadika.
@mcwillanwong5400
2 жыл бұрын
Semua yg bekerja sebagaiGuru tadika ni lemah akal,celaru dan rekayasa ke selama ni?
@faizulanuarmus
2 жыл бұрын
Anwar nak tackle the issue from the root, jadikan pengajaran kepada syarikat2 & glc yang lain. Tapi Najib nak buat penyelesaian yang cepat untuk selamat kan Sapura. Saya rasa idea Najib boleh diketengahkan tapi perlu utama kan forensik audit yang dikatakan Anwar. Cukup2 la kita belajar apa yang jadi dgn PERWAJA, MAS semua jgn la ditambahkan dgn Sapura. Dedahkan semuanya Supaya tak berulang lagi!
@emeraldburger6323
2 жыл бұрын
Setuju dgn tuan
@abdulazizabdul4171
2 жыл бұрын
Bukan saja Perwaja dan Mas bungkus.. malahan baru2 ini Serba Dinamik.. syarikat oil & gas yang tersenarai di BSKL, milik orang Melayu pun dah nak bungkus jugak. Berapa hari lalu dibuka kembali dan tinggal RM0.07. Sedangkan pertengahan tahun lalu berharga RM1.75. Jatuh, kerana menipu laporan kewangan.!
@juliaahmad3942
2 жыл бұрын
Petronas asset negara dn rakyat malaysia, di minta selamat sapura dll syarikat melayu yg dh teruk. Tak cukup lagi guna duit kerajaan/rakyat. Bila untung mkn senyap2, bila rugi rakyat yg tanggung. Bagus punya idea. Nasib rakyat malaysia. Semoga Allah tunjukkn kebenaran mengatasi kebatilan. Isha Allah . Aamiin3 YRA.
@ahmadnazriabdtalib1961
2 жыл бұрын
smua ni salah TUN M
@anjingasu9836
2 жыл бұрын
Ya betol Anwar lebih kepada mencegah, najib pula lebih kearah merawat... Cara Anwar adalah dengan jalankan siasatan dan kenakan hukuman kepada sesiapa yg bersalah lalu gantikan dgn org yg lebih kompeten dan adil kerana sampai bila kita perlu merawat sahaja benda ini tanpa ada langkah untuk membendung dah mencegah kesalahan2 yg dilakukan oleh golongan elit2 ini bersuka ria dengan wang dan kekayaan yg semestinya bukan milik mereka tetapi milik rakyat malaysia bersama manakala najib pula menfokuskan kpd isu ekonomi dan kemiskinan contoh jika sapura nak muflis rawat mereka dgn memberikan suntikan dana kalau isu kemiskinan pula berikan seberapa bantuan yg ada kpd org miskin melalui wang2 yg dikumpul kerajaan ataupon keuntungan melalui gst dan syarikat2 gergasi seperti petronas, felda dan sebagainya tetapi penyakit itu td masih wujud dalam diri mereka seperti rasuah dan salah guna kuasa dan penyakit ini akn menjadi cancer boleh merebak dan diwariskan kpd anak2 muda dimasa akan datang apabila giliran mereka pula menjadi pemimpin kelak
@mdh8623
2 жыл бұрын
Itu yg di maksud kn oleh dsai yg tersirat. GST idea yg bagus tapi ketelusan kerajaan dlm pengurusan dana cukai itu boleh di percayai atau tidak. Itu satu contoh. Kenapa di parlimen isu-isu yg d bangkit kn oleh dsai takda pihak kerajaan yg memberi kn pencerahan. Dri dlu d beri laluan takda yg bngkit. Menteri menteri wakil rakyat korup nak menyelamat kn aset sendiri
@wjm8353
2 жыл бұрын
I think most of us will agree on DSAI debate. I don’t see Najib answer the question properly…mcm nak main u turn soalan je…the way najib answer doesn’t even care about rakyat.
@pakya3381
2 жыл бұрын
Memang betul negara berpendapatan tinggi sekarang sehingga RM xde nilai.. RM100 sekarang sama dengan RM50 sebelum GST harga barang melampau lampau.. 1usd =RM4.39=bath34.75
@bioladin5021
2 жыл бұрын
60 tahun tak cukup kah....sudah sampai malaysia bankrap pun tak sedar lagi ...
@cheryllee1304
2 жыл бұрын
Cukup lah 60 tahun ~
@zack4546
2 жыл бұрын
Dsai anti rasuah. Sebab tu ramai pemimpin takut kalau dsai jd PM
@oldman4993
2 жыл бұрын
Yerrr ke..?
@Livinas
2 жыл бұрын
Kes Guan Eng Dsai ada komen ker
@nizilyaaisy5390
2 жыл бұрын
terbaek anuar ckp...itu realiti yv betul...
@nordinsaad1587
2 жыл бұрын
Najib ada good point Anwar pun ada good point. Pada saya, di samping kita gerakkan mega projek yg berfaedah, kena seiring jugak dengan masalah semasa, banjir kilat, air, rakyat mendapat pekerjaan yg setimpal. Yang tak jujur yang rasuah tu elok lah di potong tangan mereka sahaja. We really need honest leaders to spearhead Senior positions.
@mdyazam3026
2 жыл бұрын
GG
@mjmu1707
Жыл бұрын
Yg rasuah dipotong leher supaya mampos cepat..hidup menyusahkn rkyt, habis duit rkyt, habiskn masa peguam, pendakwa..
@93jerryjoe
2 жыл бұрын
hebat di mulut but reality down.. selagi rasuah msih ada di kalangan menteri jgn hrp ada perubahan kemajuan kpd negara serta rakyat .
@juliaahmad3942
2 жыл бұрын
Setuju
@asrychannel
2 жыл бұрын
Dato' Najib lebih kepada ekonomi, Dato' Anwar lebih kepada ketelusan dasar pentadbiran, mereka berdua ni klu bergabung memberi sinar kepada kemajuan Malaysia InsyaAllah
@uwaismuhaimin3296
2 жыл бұрын
Haha yg last bergabung tu lawak, najib tu pencuri, seluruh dunia kenal dia sbb mencuri duit rakyat
@bitsuhaimi
2 жыл бұрын
Cuma isu dia bukan masalah SKILL mereka berdua, tapi masalah kenapa berlaku ketidak seimbangan dalam pentadbiran (SE), tapi orang politik dipergunakan untuk kepentingan. Ker guaner?
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Najib lebih memusnahkn tk fikir panjang .tahu duit kepok masok poket ,belanja mewah..tengok anakny ..ape kerja???..
@freespeech8746
2 жыл бұрын
Setuju tapi malaysia ni memang suka berbalah kalau jadi memang terbaik tapi kenyataaan politik malaysia memang suka bergaduh 😔 yg jadi mangsa rakyat negara tak maju2 patutnya dorang guna kepakaran masing2 untuk majukan negara dan ketepikan permusuhan.
@bitsuhaimi
2 жыл бұрын
@@freespeech8746 Sejarah sentiasa berulang dengan format yang sama. Behind the good men, there is always a bad men, via versa. Tuhan nak tengok Ending kita pilih apa. Peluang sentiasa terbuka.
@blackroket6507
2 жыл бұрын
Najib ni. Org tanya lain. Dia jawap lain🤦♂️🤦♂️🤦♂️
@megathalim6712
2 жыл бұрын
Org x jujor.
@langlanggit1714
2 жыл бұрын
kalau dia jujur dia jawap pun jujur kita faham itu
@udanis66
2 жыл бұрын
Part 3 - Ulasan aku mengenai hujah 4 dan QA. Pertama ialah GST. Aku setuju GST ialah sistem lebih baik dalam pungutan cukai tetapi perlu diasingkan daripada dikenakan kepada orang miskin dan kanak2 kerana ia adalah zalim. Najib kata duit GST akan dikembalikan kepada rakyat tetapi apakah buktinya? Masalah keyakinan rakyat ialah jika duit GST tu dah masuk tabung kerajaan, biasanya duit tu akan pergi ke poket ahli2 politik melalui projek2 kerajaan dan bukannya kembali kepada rakyat. Itulah masalahnya. "KEYAKINAN". Selepas GST dibubarkan, tetap juga duit kembali kepada rakyat melalui subsidi dan pemberian kemudahan kepada rakyat. Jadi, dimana sempadan kita nak bezakan GST dan SST? Sama saja. Jadi, kita hanya bergantung pada keyakinan kita sahaja samada adakah GST akan benar2 kembali kepada rakyat. Secara fizikal, kita tidak dapat pastikan. Begitu juga GST dan SST. Cukai mana yang akan menyebabkan harga naik? Tidak dapat dibuktkan secara fizikal sebab ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan harga naik. Jadi, kita hanya mampu buktikan secara teori bahawa GST akan meningkat harga/inflasi. Itu saja kita mampu buat. Najib juga cakap berulang kali bahawa kerajaan boleh ada duit GST 30 billion untuk rakyat. Tetapi Najib lupa ke, selama GST diamalkan... Kerajaan BN tidak pernah bayar semula duit GST perlu bayar semula kepada peruncit, pemborong dan pengeluar hingga kerajaan PH terpaksa bayar hutang GST tertunggak sebanyak 19 billion. Inilah masalahnya Najib. Sembang cantik tetapi praktikalnya tak dibuat. Masalah BN ialah buat duit banyak tetapi bocor pun banyak. Tetapi Najib hanya sembang pasal duit masuk banyak supaya rakyat seronok tetapi tak nak cakap pasal kebocoran. Yang bocor tu lah, yang rakyat sakit hati. Dan itulah yang Anwar cuba sampaikan. I-Citra - Itu bukan bantuan kerajaan. Itu duit rakyat. Takkan nak guna itu sebagai sumbangan kerajaan kot? Jangan mengelabui mata rakyat. Sebenarnya I-Citra adalah kegagalan kerajaan nak bantu rakyat sehingga terpaksa guna duit simpanan hari tua rakyat sendiri untuk kelangsungan hidup. Isu jual aset - Najib cakap kerajaan PH jual bangunan di Hong Kong? Najib lupa ke, bahawa dia sendiri yang jual bangunan tersebut dengan harga murah tanpa tender terbuka. Bila PH ambilalih, PH batalkan jualan tersebut dan jual secara tender dan dapat jual dengan harga lebih mahal. Jadi sebenarnya Najib yang berniat jual dulu sebenarnya. Kestabilan politik - Najib bawa isu kestabilan politik.. hehe. Siapa yang berpakat untuk tebuk atap? Bukankah UMNGOk sendiri yang join PN? Semasa TSMY kena letak jawatan, siapa pemimpin2 yang tarik sokongan kepada PN 1.0 dan kemudian sokong kembali kepada pembentukan PN 2.0? Bukankah semua perbuatan pemimpin2 UMNGOK ke? So, siapa yang ganggu kestabilan politik? Sekarang nak buat PRU15 cepat2 pulak ketika kerajaan baru cuba nak pulihkan ekonomi dan kekurangan wang. Bukankah emua ini datang dari pemimpin UMNGOK? Nak tergelak pulak bila Najib sembang pasal rasuah dan salahguna kuasa pada akhir akhir pergulungan. Macam dah lupa apa yang zaman BN buat dulu sebelum PRU14? Najib tak sesuai nak sembang pasal rasuah dan salahguna kuasa. Macam tak kena aje.. Akhir sekali, kesimpulannya adalah bagaimana nak menyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN akan pastikan rasuah, salah guna kuasa, mencuri, kronisme, dan merompak kerajaan tidak akan berlaku dibawah pentadbiran BN? Maaf lah. Aku memang tak yakin kerajaan BN mampu bersih selagi pemimpin2 lama UMNGOK masih menerajui negara. Kecuali semua pemimpin2 UMNGOK yang tua2 tu diganti dengan muka baru yang masih suci dan bersih. Wallahualam.
@oldman4993
2 жыл бұрын
Smnjak GST bubar, tokey2 bagi resit cap ayam jer...bolh untung underlocker elak punch resit cetak casher.
@Netviewer376
2 жыл бұрын
Aku dgr najib debat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sembang lebih untuk raih simpati menyelamatkan diri tapi tiada isi. Sapura dah nak mati tapi masih ada yg di bayar gaji berbillion setahun. Takyah sembang lah Najib
@azaharishak7983
2 жыл бұрын
Sepanjang Najib jadi pemimpin malaysia rasanya tiada apa project yg berjaya pun.
@sopiaziz4585
2 жыл бұрын
@@oldman4993 masa GST pon sama..beli barang tanpa resit..nk elak bayar GST..MCM mana pon tipu juga puak tu..bila ckp kaum orang kata rasis..paham2 la tokey2 siapa
@noneofyourbusiness3232
2 жыл бұрын
bile ko sebut umngok aku trus tangkap ko ni jenis politik benci membenci.. sudahla.zman benci membenci dah brlalu..
@kutuberahak
2 жыл бұрын
Bagus la debat mcm ni. Kalau nak pilihan raya patut buat debat macam ni
@kaizerchannel2063
2 жыл бұрын
Trend Syarikat2 besar dkt Malaysia..bila kaya,mewah..depa makan Tanpa pandang org belakang.. tp bila dah jatuh,susah... lempar masalah..utk Kerajaan selesaikan/bantu..
@gelimempok4500
2 жыл бұрын
Nuar sembang je semua pati dah jadi kerajaan zaman dsn je kemudahan banyak klinik pun 1malaysia pun senang zaman ph abis dia tutup nya plkn habis
@akash-ul3ky
2 жыл бұрын
jangan lupa, di bawah DSAI sebagai Menteri Kewangan, dividen ASB mencecah 10% dengan min 9%. itu tidak termasuk bonus. sejak 1998 sehingga 2021 ?
@shahrulnizam5739
2 жыл бұрын
Rakyat pula tolong lh berubah tidak kira pangkat mari lh kita hormat-menghormati, menjaga kesucian agama kita, bersikap mahu berkongsi ilmu ketika bekrja , jangan menindas orang lain walaupun sekecil mna orang itu dan akhir sekali buang segala tabiat buruk kita yg akan merugikan orang lain. Sy anak Malaysia akan sentiasa yakin yg negara dan masyarakat Malaysia akan cuba membuat perubahan . Jika coretan saya mengguris hati sy minta maaf pada semua
@acmar5633
2 жыл бұрын
Selamatkan Rakyat Miskin . Safura Holding sudah diberi peluang dan telah kaya raya .Namun kegagalan mengurus jangan duit rakyat menyelamatkan syarikat golongan orang kaya. Jangan bantu lagi Safura. Beri peluang orang lain untuk jadi kaya
@juliaahmad3942
2 жыл бұрын
Jgn bantu, masa untung diam, masa rugi bising.
@izwanguan1396
2 жыл бұрын
Masa kaya puak² dia kenyang tapi bila dah susah minta kerajaan bantu pakai duit rakyat pula
@malaysspring6472
2 жыл бұрын
najib sembang semua tau cuma dlm makamah je semua tak tau. hahah
@zackhaziq1741
2 жыл бұрын
ko ni time debat ni ketepikan fanatic parti politics dn dgr secara rasional baik Najib dn Anwar.
@mahyuddinzahia
2 жыл бұрын
Hebat soalan Dr.Masliha.....gigil DSN nak jawab 'Cash is King' King is rakyat.....huraaa
@serendipity5951
2 жыл бұрын
Waktu PH Anwar pun tak buat apa2. Takut kepada Atok.
@tehacomel7598
2 жыл бұрын
@@matesang9689 bile dh jd pm,dia pn duduk bawah dap,dgn kau² sekli akn di ank tiri kn
@longshort7461
2 жыл бұрын
Debat Yg menarik. Melalui sykt besar + berpengaruh , byk pks sme boleh "membiak" dan "berkembang". Kira sapura boleh diumpamakan sgb akar pokok , kalau sihat dijaga dan diberi baja yg betul nescaya membuahkan hasil yg baik. Di sini saya setuju dgn DSAI , di manaKAH komitmen Krajaan yg sebenar benarnya dlm menyelesaikan ini masalah dgn jitu , meyakinkan semua pihak sepatutnya menjadi satu keutamaan? Cadangan DSN juga tdk kurang hebat , ringkasnya masa itu emas. Rumusan : Segera dan juga Meyakinkan dlm Menyelamatkan Sapura. Long term planning? Kita dah saksikan betapa negeri2 di utara mengutip manfaat bila "prasarana" yg disifatkan membebankan itu telah menjadi faktor penyumbang ter-utama dlm memacu pembangunan negeri2 tersebut. DLM pelaburan "mereka" yg kini tertumpu kpd bahagian pantai timur boleh dilihat sbg langkah pemula seperti mana dahulunya utk negeri2 sebelah utara. Bermakna , mesti berani dan harus dimulakan SEKARANG , tdk boleh bertangguh kerana inilah long term planning! Hasilnya tdk nampak hari ini tetapi 10 ke 20 tahun akan dtg , manfaat itu "menimbun" over-time dan by the time menuju hayat tersebut. Kenapa tidak? Dgn "pemula" ini pasti masalah2 lain pasti dpt diselesaikan secara along-the-way(gitu). Kalau dibazirkan masa , manfaat yg sepatutnya tiba lebih awal akan jd lewat dan merugikan byk pihak. Rumusan : Dah saksi impak "penula" di negeri2 utara kan? Kenapa perlu ragu ttg perkara baik yg nak "dimulakan" utk pantai timur? Nak tunggu apa , dan apalagi cara yg bersesuaian? Brim dan mak nenek seangkatan adalah salah satu langkah yg agak efisyen dlm mengawal kos sara hidup. Lihat sahaja baru2 ini ttg gaji minimum , setelah dinaikkan , betapa byk benda ikut naik utk "seragam semula" apabila implikasinya membabitkan pengGaji dan majikan. Brim itu boleh disifatkan sebagai suntikan langsung keatas pendapatan individu , ditanggung kerajaan. Rumusan : Langkah yg diambil haruslah cekap dan prihatin , cita2 murni sahaja kalau tp memerangkap masyarakat ke masalah lain ttp x bermakna.
@Zara12360
2 жыл бұрын
Kalau la btol sapura tu bole untung dh lama ade org nk beli…Cuba sedara pikirkan Sebenarnye exit plan je ni pakai duit kajaan…sapura bnyk asset jual je bayo utang depa start from bwh balik xyh susakan rakyat msia….kalau x nmpk jugak masih nak bela golongan kayangan ni ak x tahu la….
@braderdongudang5197
2 жыл бұрын
Debat ni bukan saja saja buat, tapi untuk kita semua ambil tahu tentang masalah negara yang makin sarat. Sapura, perlu di selamatkan, kerana ada duit rakyat yang dilaburkan dibawah PNB. Kalau muflis, ASB lingkup laaa duit rakyat. Sebelum lingkup baik semua rakyat keluarkan duit dalam ASB masukkan dalam tabung haji cepat2.
@ahmadnazriabdtalib1961
2 жыл бұрын
setuju, perlu ada plan pemuluhan demi mnyelamatkan puluhan ribu pekerja² dan ribuan vendor² yg mana stiap vendor ada pekerja²nya sendiri, klu sapura muflis akan menambah lg pengangguran dlm negara
@helmikdo1351
Жыл бұрын
Setiap pelantikan pegawai tinggi kerajaan smua adalah percaturan politik campur tangan menteri kerajaan yg memerintah.. Jelas..
@ijam007
2 жыл бұрын
Terus terang cakap..pusing laa kot mana pun..bang jibbb bukan lawan bang non...!!!!
@sazalitalib7780
2 жыл бұрын
Mmg,, mana boleh lawan, hari ni menang, esok minyak turrrunn...
@rizzdeftone2540
2 жыл бұрын
@@sazalitalib7780 huhuhu
@blackroket6507
2 жыл бұрын
Selalu berhenti bercakap sebelum habis masa. Dah xde modal dah dia🤦♂️🤦♂️🤦♂️
@mdh8623
2 жыл бұрын
Dia takut kena potong poin klu ckp lebih masa haha
@jiwamerapu747
2 жыл бұрын
Dulu lain ..sekarang lain..dasar lidah bercabang🥴 Demi rakyat la konon... Td ada org komen..jubor sdri DSAI x pandai jaga..cmna nk jaga negara🤣🤣🤣
@sharjumisham2652
2 жыл бұрын
GST lah terbaik untuk rakyat sbb orang yang kaya raya akan membayar lebih cukai kepada kerajaan, fikir fikirkanlah Terbaik lah BOSSKU
@jimyyrc8830
2 жыл бұрын
mereka sedang menjalan kan tugas, tapi sebaliknya mereka tetap kawan,
@bioladin5021
2 жыл бұрын
Dalam masa dua tahun ini disebab pkp pertama saya sendiri rugi 400k dan sekarang hampir muflis tak dapat tolong untuk pinjaman pun semua nak curi duit lagi
@sookasooki
2 жыл бұрын
2-2 point valid. satu ketengah kn masalah satu bagi solusi. buat la 2-2 at the same time. audit forensic dan infra rakyat. ni sembang air liur, netizen pon boleh buat kat social media. cake besar universe kalau tak telus, pon taaaguna.
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Jka org politik tk lantik ketua peguam, ketua polis, ketua sprm..jdlah seperti hutan
@syazwan3444
2 жыл бұрын
Menteri mkn rasuah ke tak mkn rasuah ke rakyat yg miskin tetap miskin dan yg kaya raya hanya menteri. semua takleh pakai😂
@zafriazranabdulmajid2647
2 жыл бұрын
kalau Malaysia hebat kenapa Ringgit Malaysia makin teruk.. jawapan nya ekonomi Malaysia memang makin teruk dengan pemerintahan yang sedia ada.. Formula paling mudah Faham..
@yesmovement5805
2 жыл бұрын
Sembang
@jamilsalih6087
2 жыл бұрын
Pakar ekonomi ke?????
@nidzbenzainuddin7508
2 жыл бұрын
Soal GST atau soal SST suatu perkara kedua' namun kalau mampu kawal harga barangan dgn kenaikan gaji yg effisien' itu suatu perkara yg cukup positif untuk rakyat'.. check and balance'. Setakat perubahan kerajaan yg berlaku'.. belum ada perubahan yg cukup ketara yg membolehkan rakyat tarik nafas lega'. Keseimbangan itu belum wujud di Malaysia'.
@gravitational007
2 жыл бұрын
Thank you Anwar
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Selamt sapura cara najib tu tk betul..pump duit tp tk dpt hasil mcmne???..
@zainzaidi5752
2 жыл бұрын
Dua ok jaa... Cuma tak puas hati sebab lebih kepada debat utk point siapa betul dari fakta. Dan kecewa sebab tak ada yg persoalkan cara pulihkan imej negara dari isu rasuah. Forensik audit boleh buat, tapi kenapa tak persoalkan risiko forensik audit terhadap imej negara dan kepentingan pelaburan dan matawang negara. Tak persoalkan kesan buruk forensik audit terhadap tahap moral rakyat dan label persepsi rakyat dan keyakinan diorang terhadap istilah moral 'integriti' tu sendiri. Yg bina bertahun2 tapi jatuh semalaman sebab forensik audit, berapa banyak rakyat yang akan hilang pekerjaan, menganggur dan hilang tempat tinggal, kenapa tk persoalkan? Dan tak puas hati kenapa tak persoalkan yang bagi duit bantuan pada rakyat bukan membantu tetapi buat rakyat makin jadi lintah darat kerajaan. Bila tk diberi duit rakyat akan merungut dan hina kerajaan di media sosial. Macam yg selalu berlaku. Dan akan berulang2 selagi rakyat dibantu dengan disuap duit. Mentaliti kerajaan *wajib* beri bantuan kewangan pd rakyat patut dibetulkan supaya generasi akan datang tak salah faham dan anggap diorang tak perlu bekerja dan berusaha atau bila rasa susah sentiasa salah kerajaan sebab kerajaan sentiasa mampu bantu mereka walaupun kerajaan terpaksa berhutang. Sebenarnya pandangan macamni salah dan berbahaya untuk negara. Ni cuma pandangan peribadi dan belum tentu boleh diterima pakai. Harapkan sangat bantuan kerajaan. Rakyat kena terima kenyataan bila kerajaan berubah dan tak beri bantuan lagi
@nurafiqnoorhisham8263
2 жыл бұрын
Jangan semata2 nak jaga nama, salah laku disembunyikan.
@ashwannadzlan1749
2 жыл бұрын
Pendapat saya bang lah,nama negara dahh lama tercemar dgn kes rasuah...Kalau fikirkan nama negara saja sampai bila bang?xkan 10 ke 20 tahun lagi nk still macam ni...Sedangkan Kes xselesai dan makin bertambah sebab xde tindakan dari kerajaan sendiri...tu kene ada audit forensic nk tahu pergi mana kewangan syarikat tu siapa yang luluskan kewangan tu...baik betulkan sekarang dari terus merebak
@julianng3475
2 жыл бұрын
Forensic audit nak tau kenapa boleh muflis dan mcm mn nak overcome ketirisan dalam findings forensic audit supaya tak la muflis.
@mohdzikrilhadiismail4972
2 жыл бұрын
Adakan audit forensik maka tbongkar lah spe makan kontrak ats angin plg bnyk nti..geng mkn2 ni geng sape?yg celik jer fhm bantuan2 kerajaan tu bukan dr poket pemimpin2..geng2 mkn untung kontrak ats angin perlu d nyahkan dn penyebab utama setiap tahun audit negara akn kluarkan laporan ketirisan berpuluh bilion setiap tahun..tk caya tnye dia..😆😆😆
@asangkotar2714
2 жыл бұрын
Jangan kecam dia.. Dia sendiri tak paham
@izzuddinidris4470
2 жыл бұрын
Terbaik bosku
@azaharishak7983
2 жыл бұрын
Semasa pengulungan apa yg najib cakap mmg hebat tapi kenapa dia tak laksanakan semasa dia memerintah negara.
@abe_gdebeabe_gdebe7328
2 жыл бұрын
hidup DSAI...TERBAIKKK
@kobisbunga2004
2 жыл бұрын
Moderator ni pon satu.. Bagilah peluang pendebat hbs kan ucapan w/pon masa dh tamat. Jgn main potong mcm tu je
@aedrar
2 жыл бұрын
DSAI had been delivering speeches to univerity abroad. Why would University called DSAI if he was inempt and kuat borak like jibby
@ryanchow1995
10 ай бұрын
Debate RR & SS memang takleh lawan dengan debate perdana ni, apa kata DSN & DSAI bergabung menjadi kerajaan perpaduan
@totokpujisantoso3958
Жыл бұрын
Dsai memang terbaik,najib jumpa anwar ibarat ikan jerung dengan ikan bilis tentang pengetahuan global,anwar top 100 leader dunia dan najib terpalit kes rasuah tingkat dunia, penjelasan anwar sangat rasional dan mudah di pahami semua kalangan,tetapi najib hanya bercerita transpormasi sedangkan beliau adalah pemerintah selama ini,ringgit merudum sebab kepimpinan beliau ringgit jatuh sebab banyak ya rasuah yang mega2 di malaysia,kesimpulan saya adalah belum lawan kalau najib dengan anwar,sebab itu tadi anwar selalu berbicara tentang data tetapi najib hanya angan2 belaka
@udanis66
2 жыл бұрын
Salah satu topik yang aku suka ialah "CASH is KING semasa jawapan QA. Aku nak tergelak semasa Najib jawab "Cash is RAKYAT". Korang ada nampak relevan atau lojik ke bahawa King itu rakyat? Cuba tanya mat salleh sendiri sebab ini bahasa inggeris. Adakah mat salleh akan kata bahawa maksud "King" itu adalah rakyat? Perkataan King itu sendiri adalah "Raja" atau teratas. Maka maksudnya ialah boleh dalam berbentuk "penentu" atau "penguasa" atau "genggaman". Tak ada langsung kaitan dengan rakyat. Ia lebih kepada seseorang yang berkuasa dengan wang/harta. Adakah ia merujuk kepada rakyat atau pemimpin? OK, seterusnya Najib menjawab kerajaan akan bantu rakyat dengan cara memberi terus wang kepada rakyat bila rakyat dalam kesusahan. Nampak sangat satu jawapan budak darjah 6 yang pertama kali aku pernah dengar dari mulut seorang pemimpin besar. Sebab budak darjah 6, kalau kita nak bantu dia dari segi material atau bantuan perkhidmatan atau teknikal, mereka tak faham. Tapi bila sebut duit, mereka faham. Jadi bagi aku, ini jawapan bodoh dari seorang pemimpin sebab dia nak cuba juga "relate" atau kaitkan lojiknya CASH itu dengan rakyat bila dia sebut "Cash is King" sebagai ditujukan kepada rakyat padahal semua orang dalam dunia ini tahu apa maksudnya yang sebenar "Cash is King" yang dimaksudkan oleh Najib. Sebelum ni, aku tak pernah pula dengar dia explain macam tu dimana mana. Tiba tiba aje... Walaubagaimanapun, DSAI berjaya menundukkan Najib dengan jawapan bersahaja. Memang kena tepat kat batang hidung Najib. Aku nampak muka Najib merah je ketika itu. Memang dia terasa. Anwar kata cara jawapan Najib itu adalah politik wang. Najib nak semua rakyat sentiasa jadi hamba kepada kerajaan. Sentiasa meminta sedekah dan mengharap kepada kerajaan. Jadi bila kerajaan bagi duit, mereka dapat sokongan. Dan rakyat akan terus minta wang sampai mati. Rakyat akan terus meminta sedekah sampai akhir hayat. Rakyat akan terus jadi hamba sepanjang hidup. Itulah UMNGOK dan Najib nak rakyat jadi. Dulu, Kini dan Selamanya. Sedangkan bagi Anwar, dia tak mahu rakyat sentiasa jadi hamba. Dia tak mahu rakyat hidup atas ihsan dan simpati daripada manusia yang sentiasa mengambil peluang keatas mereka. Anwar nak rakyat perlu membebaskan diri mereka dari perhambaan. Bebas dari meminta sebaliknya jadi pemberi atau penderma atau penyumbang. Bebaskan diri dari belenggu kemiskinan. Bebaskan diri dari meraih simpati dan kasihan orang lain. Berdiri dengan sendiri. Itulah yang Anwar nak kepada rakyat. Bila kita asyik bergantung kepada orang lain maka kita hilang kebebasan diri. Kita terbelenggu kerana pergantungan hidup kepada orang lain apatah lagi kepada orang yang berkuasa ke atas diri kita. Akibatnya kita dijadikan alat permainan politik kepada mereka. Itulah yang Anwar tidak mahu berlaku kepada rakyat. Aku tak tahulah samada penyokong UMNGOK faham ke, apa yang aku ulaskan ini? Mungkin pemikiran mereka belum sampai ke tahap ini kot? Harap2 mereka faham lah. Sebab itulah apabila aku berdebat dengan penyokong UMNGOK, mereka berbangga teramat sangat dengan duit BR1M tu. Hidup mereka sudah terbelenggu dalam duit yang tak seberapa tu. Mereka akan terus menjadi hamba kepadanya. Hidup didunia ini, kita hanyalah menjadi hamba kepada Allah. Bukan selain daripadaNya. Amin.
@yussystem4777
2 жыл бұрын
Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Tembirang
@vikneswaranrasiah3786
2 жыл бұрын
Tak payar pergi jauh2. Tengok Spura sahaja. Tiada minyak, tiada apa hasil bumi tetapi PENGURUSAN TERBAIK. NO korupsi, no croni..
@hamfatullahsyawal4052
2 жыл бұрын
bang non dah hilang sengat berdebat
@abdulazizabdul4171
2 жыл бұрын
Anwar masih hebat lagi..! Najib kata 'terbaik terbaik terbaik..' Apa yang terbaik..? pelabur dah banyak lari ke Vietnam, ke Indonesia .. sampai 2 universiti yang terkemuka di dunia telah buka cawangannya di Indonesia..! Terbaik terbaik terbaik .. tapi pertukaran US dolar dengan ringgit, jadi 1US bersamaan RM4.30 - 4.44, 3 bulan lalu RM3.90 - 4.08. Tak pelik ke harga minyak dah meningkat.! US 100 satu tong, harga sawit mencanak naik kerana minyak soya, bunga matahari makin kurang di pasaran.!
@rizalhm2
2 жыл бұрын
Seyes... Memang dah hilang... Lama sgt duduk sg buloh kejap kajang... Mgkn terlebih mkn arsenik yg atok bg
@endworld615
2 жыл бұрын
Sekarang ni tak perlu kalut nak selamatkan sapura la apa la... sekarang ni pikir camna nak setelkan masalah pelarian Rohingya yang makin penuh dah dalam Malaysia...patot kita debat pasal ni bagaimana nak hantar pulang diorang ni
@mohamadazizol9390
2 жыл бұрын
x abis² forensik audit
@mohdhafiszammutaza8131
2 жыл бұрын
Moderator straight sgt
@zulkebabondk5299
2 жыл бұрын
🤔🤔
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Setiap kg, bila ade masalh..kerajaan setempt cari dn locate sekeping tanah..dn berlah kebebesan penduduk untuk bercucuk tanam..dgn ini dpt hasil tanamn dn hasil tanamn boleh dijual..balik ke zamn pertanian...zamn aku sekolah dulu pon same..hari2 tanam dn jaga pokok...jd duit mak aku hanye diguna untk beli beras..jd sebuln beras 5kilo..
@roslanrahman8942
2 жыл бұрын
rakyat pendapatan rendah . pemimpin kaya raya
@wilsonapat9509
2 жыл бұрын
Salah satu sebab Anuwar tak dpt jdi PM "klu hari ini saya boleh becakap dgn PM saya tak ada masalah itu beza saya dgn najib kata anuwar"...faham2 le... semua akan kena siasiat le tu
@pakturut7867
2 жыл бұрын
GST sesuai di negara majority baka expats bukan rakyat tempatan seperti tanah kecil Qatar, UAE, dan Kuwait demi memperkayakan pribumi.
@salmanbinsalim8284
2 жыл бұрын
setuju dipulihkan dan buat forensic
@iqbalyusoh2150
2 жыл бұрын
Kerjasama je la..sama2 maju kn Malaysia,klu nk cri sapa Salah x stle
@bienkee8474
2 жыл бұрын
Terbaik pandangan DS Anwar Ibrahim. Yang amat penting ia lah integriti Dan Kerajaan yg Perintah dengan Iklas Dan baik. Harap Bapa Reformasi di lantik PM Malaysia lepas PRU.
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Zamn inflasi, kerajaan wajib bantu bg benih2 tanamn baja, ank ikn anak ayam, anak lembu...najob bg seorg rm400 setahun mne boleh..keperluan rkyt detiap satu keluarga sebulan rm800 sebuln
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Huh
@anonymoussssssssss_
2 жыл бұрын
Dua2 sama je seperti perompak vs perompak nakkan duit je lebih
@zackhaziq1741
2 жыл бұрын
Bagi aku Sekiranya Anwar, Mahathir, najib, tokmat dn Nik Azizi brgabung tnpa bermusu- musuhan2 maka Malaysia dn Islam akan berkembang laju sbb setiap mereka punya potential masing2 yg blh bangunkan Malaysia lebih maju dn laju lgi.
@hanifahmad1267
2 жыл бұрын
Byk kali anwar bukak pasal rasuah ... Cri mgse n bg hkuman.. Njib dok sbok mlaysia brjaya ..mlaysia brsatu bagai
@juliaahmad3942
2 жыл бұрын
Najib bermimpi di siang hari.
@tajudinbinmdrazakjj8902
2 жыл бұрын
aKu sekoLah x pandai.. X tinggi pon sbb semua itu terjadi kerna susah.. kata² aku ni kusus aku tujukan pada yg umur mreka saat ini 2022 sekitar 38 thun keatas" yg tnggl di perkmpungn serata 🇲🇾 dan yg tggl di FeLda" jika ada yg membca komen aku ini pasti kenal kedua² pemimpin ini. Yg mana baik Yg mna terbaik kepimpinan mreka saat sandang krusi dalm krajaan di mana" kedua²nya pernah pegang siapa Yg terbaik Yg mentadbir? jika ank melayu Yg lahir di kampung dan Felda kini 2022 berumur 38 thun keatas,, yg pernah lalui perubahan zaman pelita minyak ke zaman elektrik. dan siapa Yg membntu agamanya bangsanya menjaga menaik taraf bangsa melayu, dan,, Yg perlu kita lihat di CC lain,, selain pertadbiran masing² Yg manusia harini ketepikannya dan tidak mngetahui.. kebenarannya kita lihatlah dari CC pegangan kita umat islam sendri. apa kata aLQuraN. pemimpin Yg mcm mna aLQuraN katakan Yg harus kita pilih"! contoh satu darinya.. pemimpin Yg melindungi para2 ustaz dan ulama dan mengambil titik bratkan tentang hala tuju sekolah² agama pondok, dan percetakkan dalam mata plajaran. terutama agama islam.. itu sendri. kini 🇲🇾 sudah ada kilang percetakan aLQuraN sendri... terima kasih pemimpin.. # Sahabat² nilaikan sendri siapa yg terbaik dengan iklas dan jujur menilaikannya.. di sudut duniaWi hari ini dan dari sudut isLam. YakNi aLQuraN daN hadiS. gabungkan kedua²nya.. inshaallah kita tahu jawapannya.. pilihan kita itu benar walaupon ramai orang mngatakan dia bersalah.. ingat"!!! zaman kita lalui ini zaman aPa? zaman fitNaH" #Mohon maaf kalu salah Ye" sekadar pandangan sahaja""
@Studysociety666
2 жыл бұрын
Zaman teknologi U masih agama ?tak hairanlah Malaysia mundur
@adnanahmad9264
2 жыл бұрын
Xabis2 dgn felda…kata datuk Ali mydin pitchay..felda Lubuk dadah
@andymr8123
2 жыл бұрын
To be honest dua-dua tak boleh pakai. Yg sorang dari dulu mengidam nak jadi PM tapi tak kesampaian, yang sorang pulak hilang ingatan yang dia sebenarnya dah dijatuhkan bersalah oleh mahkamah dalam kes SRC. Just a waste of time to watch a clown and a looser make joke.
@pencintakucing1801
2 жыл бұрын
Yg menjatuhkn hukum nazlan.yg nazlan tu sebenarnya yg kna tangkap.
@khalilkhusairy3748
2 жыл бұрын
Penyamun terhebat vs keadilan
@zainabalghazaly628
Жыл бұрын
Menarik intipati drpd perdebatan ini.
@azyanazhar7979
2 жыл бұрын
Solve the issue through its root cause lah. Ni nak bailout je, but the main cause yg parasite dalam company tu still ada, after bailout pun nnti boleh hancur balik jugak💁🏻♀️
@azyanazhar7979
2 жыл бұрын
Its funny too how someone yang mmg well known as kleptocrats can join this debate and his opinions on how to solve those big issues can be viewed as a “wow”💁🏻♀️
@aminaddin2794
2 жыл бұрын
@@azyanazhar7979 bnyk benda dh najib buat yg dia Kaut Tu dia punya pasal la, tp pengetahuan dia mmg boleh pakai
@zai1293
2 жыл бұрын
Betul
@neoseven4201
2 жыл бұрын
bahasa apa dia ni cakap...
@AR-pd7sr
2 жыл бұрын
@@aminaddin2794 bro.. integriti is a key in leadership's decision.. klu ko pun dh tau dia tu penyamun.. ko duk dgr lagi pendapat burit dia.. ko mmg bodoh bak kata pramlee.
@luqmanhakim459
2 жыл бұрын
Uik terlepas ckp bukan dri kroni kita ke 😂😂
@ahmadjihan5579
2 жыл бұрын
Anwar asyik cerita oerkara2 negatif je..tapi xde apa yg membina
@naza3291
2 жыл бұрын
Benda simple je, DSAI nk buat forensic audit sbb dh muak bila ada masalah, kerajaan jadi lifeline. tapi najib pusing2 cerita. selalunya yg takut dgn audit2 ni mmg ade hanky panky. tu je nk cakap.
@syahrilsafwan9114
Жыл бұрын
rugi malaysia xpernah nmpak usaha DSAI menyelamatkan negara drpd ahli2 politik yg xelok dan xpndai…
@amchar0077
2 жыл бұрын
Pencapaian 9 tahun nak compare dengan 22 bulan?...aiyoyo langit dengan bumi, compare apple dengan apple la 😅
@mike_max
2 жыл бұрын
dia sibuk nak bailout sapura tu. nuar mintak buat forensik audit. najib kecut telo (itu pun kalau ada ler telo) dengar forensic audit. najib sibuk dok nak tabur dedak.
@azfarrashidan5774
2 жыл бұрын
patut zaman PH buat forensic audit..sebab PH yg paksa PNB beli sapura..bkn BN yg beli syarikat Tu..zaman BN harta negara bersepah..zaman PH Jual licin
@udanis66
2 жыл бұрын
Part 2 - Rumusan aku terhadap hujah 2 dan 3 sekali gus mengenai masa depan Malaysia. Aku lihat dari sudut pengurusan organisasi, Najib ini dilihat sebagai "VISIONARY" sementara Anwar sebagai "EXECUTIVE". Najib ni ada banyak idea dan kalau bagi dia duit yang banyak untuk buat macam2 idea dia tu, memang kita terliur dengan plan dia, tetapi execution atau perlaksanaannya hampeh. Lepas tu, dia akan bercerita pasal idea dia tu kat orang ramai supaya orang suka plan atau idea dia yang hebat hebat namun semuanya tak dicapai seperti yang diharapkan. Setakat seronok berimaginasi dengan pelbagai impian. Anwar pula fokus kepada "execution" atau perlaksanaan yang betul. Maksudnya cakap dan buat seperti yang dicakapkan walaupun perkara yang kecil. Dalam dunia perniagaan atau pentadbiran, ada manusia yang banyak idea macam Najib. Dia boleh plan macam2 tetapi dia hanya tahu plan. Suruh dia buat, dia tak mampu. Kalau dia masuk campur dalam perlaksanaan, semua akan jadi rosak. Dia tak peduli kos asalkan dia nak buat apa yang dia plan nak buat. Inilah masalah utama Najib. Dia sanggup berhutang keliling pinggang asalkan impian dia tercapai. Duit adalah sahabat baik dia dengan impiannya yang terlalu besar. Orang macam ni, kalau bagi dia peruntukan yang cukup2 aje, pasti dia gagal. Dia tak reti costing atau budgeting. Lepas tu, dia sembang besar pasal impian dia tu dan jual idea dia itu kepada rakyat dan malangnya ramai rakyat yang terpikat idea fantasinya tersebut walaupun pada realitinya semua adalah khayalan. Anwar pula fokus kepada bagaimana nak capai perlaksanaan sesuatu idea dengan baik walau pun idea yang kurang mewah dan bernas seperti Najib. Bagaimana nak lakukan tanpa menambahkan beban negara dengan hutang? Bagaimana nak menjayakan sebarang idea tanpa menyusahkan rakyat atau mengorbankan kepentingan rakyat? Apa yang Anwar cuba sampaikan ialah walaupun idea terlalu hebat sekali pun tetapi jika ibu segala perosak masih ada maka idea itu hanya akan menjadi fantasi sahaja. Apakah ibu segala perosak itu? Rasuah, tamak, mencuri, salah guna kuasa, pentingkan diri, dan kroni. Kita boleh impikan macam2 tapi ibu perosak ini akan mengagalkan segala perancangan dan impian kita. Kita sendiri telah lihat di zaman Najib ni, plan dia hebat tetapi ketirisan wang negara macam paip jalan bocor. Hutang meningkat gila. Berbagai projek tergendala. Semua nya hanya tinggal nama saja. Dan sekarang dia tengah jual nama nama tu aje. Tak ada isi. Begitulah perbezaan pandangan aku diantara Najib dan Anwar dalam debat ini pada hujah 2 dan 3. Sebab Anwar bangkitkan bahwa kita mesti selesaikan ibu perosak ini dulu. Selagi ibu perosak ini masih bergejala, sembang besar macamana pun, tak guna. Pasti akhirnya akan gagal. Anwar fokus kepada sistem pengurusan kita yang semakin teruk dari atasan sehingga pada peringkat bawahan. Tetapi Najib lebih fokus kepada pelan2 dia yang besar dan mewah. Nak jadikan Malaysia macam2. Tengok sendiri lah "Wawasan 2020". Pada tahun 2015-16, dia sendiri kata Malaysia akan capai juga Wawasan tersebut tetapi pada 2018, dia kata pelan itu mengarut pula sebab.... Dia gagal nak laksanakan. Dia salahkan Tun M pula kononnya Tun M gagal buat pelan tu. Dizaman Najib, dia hanya fokus lebih banyak kepada pembangunan properties atau hartanah supaya nampak glamour. Dia buat macam2 projek melibatkan hartanah supaya Malaysia nampak hebat dikaca mata rakyat dan dunia tetapi dia gagal sebenarnya dalam pembangunan pengeluaran seperti hasil pertanian dan industri pembuatan. Proton dan automatif tak berkembang pun dizaman pentadbirannya. Kekal stagnant sehingga akhirnya terpaksa jual kepada Geely padahal semasa zaman Tun M, Proton sudah melabur berbillion2 ntuk dapatkan teknologi. Beginilah contoh mudah aku nak bagi korang faham. Najib ni ibarat seorang ahli perniagaan yang ada rumah banglo berjuta juta, kereta mewah, dan nampak sangat mewah dan berjaya pada orang luar tetapi hutang keliling pinggang. Orang luar yang tak faham situasi dia akan nampak dia ahli usahawan yang sangat berjaya tetapi sebenarnya tidak. Anwar pula ibarat seorang ahli perniagaan yang hanya tinggal di apartment sederhana, kereta sederhana tetapi tidak ada sebarang hutang dan hidup serba sederhana namun tidak pernah susah hati. Orang luar akan lihat Anwar sebagai ahli usahawan biasa2 sahaja. Jadi, pemimpin mana anda mahukan?
@oldman4993
2 жыл бұрын
BN jatuh itu pasal idea DSN yg baru nak rancak xnmpak tuan...22 bulan PH habis projek2 pan borneo terencat...kelaut PH tu.
@izwanguan1396
2 жыл бұрын
Ulasan yg terbaik tuan
@hazeqeman
2 жыл бұрын
Haha
@mazli888
2 жыл бұрын
Kupasan yg menarik
@abdulazizabdul4171
2 жыл бұрын
Memang betul.. begitulah bermulanya IMDB.. satu impian yg indah dan mulok2 dari Najib. Kononnya nak jadikan IMDB setanding dengan syarikat pelaburan Temasik Holding dari Singapura yg untung berbilion2 dolar. Mereka punya pegawai yg profesional, cekap, jujur dan amanah.. itu sebab mereka untung besar. IMDB punya kepimpinan yg tidak bertanggung jawab, tidak jujur dan amanah. Lihatlah Jho Low bila ada duit berpoya2 dng rakan2 selebritinya. Begitu juga Tim Lesner dan Roger Ng. Yg nyata impian Najib tinggi tapi itu hanyalah impian kosong je.!
@azaharishak7983
2 жыл бұрын
Kerugian forex 33billion, nampak sgt kelemahan takbir urus BN bila adanya debat ni semuanya terungkai akan kerugian kerajaan.
@rizalhm2
2 жыл бұрын
Tadbir urus madey... Lebih tepat
@jamilsalih6087
2 жыл бұрын
Zaman atok
@Livinas
2 жыл бұрын
Forex bawah PM mana dulu. Huhu
@mdsaid17
2 жыл бұрын
30 Billion extra.....
@thepembisik8459
2 жыл бұрын
Hanya orang yg bijak dan sedar dapat melihat pendebat yang telus dengan pendebat politikal punya pemimpin...
@shahromtalhah3972
2 жыл бұрын
Kenapa takut forensik audit? Takut kantoi ker?
@sallieceelee5660
2 жыл бұрын
bekas banduan vs bakal banduan
@zulkebabondk5299
2 жыл бұрын
😂😂😂
@cheryllee1304
2 жыл бұрын
Hahahaha! 👍
@Netviewer376
2 жыл бұрын
Patut dah banduan dah TAPI oleh kerana banyak duit (derma makcik Pekan) cash is king. Hakim pun nak disalahkan.. power of 💰
@rizalhm2
2 жыл бұрын
Win. Madey je selamat...sbb dh tua kesian
@megathalim6712
2 жыл бұрын
Betul..dua2 melayu..
@amo81015
2 жыл бұрын
Aku takde kemaruk dgn org politik. Dlm isu debat ni, aku lbh boleh terima hujah najib. Anwar banyak x respon dgn isu yg najib kemukakan. Harap akan lebih bnyk debat² isu negara akan d adakan..tpi jarang yg berani sbb majoriti org politik jenis kaki pelaq..
@hazwaniabdulhamid3412
10 ай бұрын
Allah kenapalah cakap GST menekan rakyat tp aku rasa la ni tanpa GST roti lg mahal drp semasa ada GST, la ni dptlah Allah tunjuk lah Anwar perintah lg teruk, kedai kat kawasan rumah aku tal pernah kena masuk org, tiba2 zaman Anwar perintah sampai kedai runcit pun kena pecah masuk, ini menunjukkan rakyat terdesak sangat. Dulu susah2 pun tak dak org sampai terdesak nak mencuri 😢
@marsz7896
2 жыл бұрын
Lihat Indonesia menteri Erik Tohir menyuntik mati perusahaan negara yang bangkrut kronik sekarat tak jujur seperti perusahaan baja besi negara,sehingga uang negara selamat .
@carllaksmana132
2 жыл бұрын
TerbaiK DSAI...hujah yg matang.. idea yg bernas dan kerajaan laksanakan...DSNR berhujah tiada langsung idea2 yg bernas..hujah dia hanya u berkempen ..angkat bakul sendri..pasal 1MDB tak pula dia jelaskn bgaimana 1MDB dpt menguntungkn negara..🤣🤣🤣
@razakismail8405
2 жыл бұрын
Yang menang debat Jolo.
@primusmajaing8452
2 жыл бұрын
DSN kalah... tda pandai malu ckp mau tender terbuka tpi Rosmah Runding terus solar di sarwak hihihi
@zackhaziq1741
2 жыл бұрын
Lps ni blh lah ajak sekli Mahathir, Anwar, Najib, Muhiyiddin dn Lee kit siang skli utk debat.
@tukiminramli8257
2 жыл бұрын
X sudah sudah sudah pmmpin melayu bergaduh..pmmpin kaum lai mreka bersatu
@nurudhuha_selendang747
2 жыл бұрын
Tak bole serang peribadi?? Itu bukan serang, itu cara penyelesaian yang benar, sehebat mana pun syarikat tu kalau pemimpinya tidak benar dan tidak ditukar tetap akan musnah
@abdulsaid7289
2 жыл бұрын
Cakap soal integriti. Haaakkktuiiiii
@langlanggit1714
2 жыл бұрын
kenapa ser
@junekhan9117
Жыл бұрын
Masuk pula soalan 🍰
@ridwansamad268
2 жыл бұрын
body language tells everything...
@akash-ul3ky
2 жыл бұрын
maksud saudara?
@arnalynalsidin3542
2 жыл бұрын
Dsai out of topic Kenapa ckp tentang pendirian
@rizzdeftone2540
2 жыл бұрын
Share lh bro nk tau jgk
@joemohdijuk7576
2 жыл бұрын
Duit bantuan pun semua guna duit rakyat sendiri
@daniyalnaeem1404
2 жыл бұрын
najib won... najib (facts and logic) versus anwar (semantics)
@mjmu1707
2 жыл бұрын
Sapura lingkop sebb rasuah, dnade pengarah2 syarikat bawa keluar duit berbillion, dn rakus membayar gaji pekerja, hasil jualn tkde ..kemasukkn tunai tkde..same juga bila kita buka bisnes kedai runcit..brg niaga dimasukkn supplier penoh kedai, penjaga keda 3 org, hari2 hasil jualn diambik oleh 3 org penjaga, satu org penjaga gaji rm5000..jika 3 org, .so, .rm15000..hasil jualn rm1500..hingga 7buln hasil jualn habis..barang niaga habis..supplier dtg nak ambik duit..tp duit tkde. Ini samelah seperti kes sapura..same juga jika najib buka syarikat..jika tkde projek, duit habis dijoli kat luar negara,..jika syrkt tu ade 20 org pekerja bergaji besar, tp dok goyang kaki, tkde hasil..hari2 dok perabih duit..ini rosakkn syrkt...penipuan..pengurusan menipu.bg duit satu bukit pon tk de makne
@rizalhm2
2 жыл бұрын
Yeah
@daniyalnaeem1404
Жыл бұрын
@nasir misran sakit hati tentang kebenaran erk? siannya
@rizalhm2
Жыл бұрын
@@daniyalnaeem1404 wakakaka... Kelako. Dia nak dengo fakta mat sabu. PH tumbang sbb kerajaan yidin merompak di tengah jalan. Itu pasai Pee h tumbang. Fiktiv : Madey kata... Aku letak jawatan la bodo. Setakat nak dego apa yg dia nak dego... Sadiq sepakraga dah hampir kat penjara
@cintakunegarakumalaysia7261
2 жыл бұрын
Dsnr Memang sengaja mempersendakan rakyat dan popularkan diri sendiri semasa perdebatan ini , Ini adalah sifat boss Ku yg muka tebal , beliau patut Sedar dan insaf apa yg telah Di lakukan sehingga negara berhutang berbillion ringgit semasa pentakbiran beliau . Jgn lah lupa apa yg kita lakukan semuanya akan dicatitkan oleh DIA . Tuhan maha mengetahui , maha Berkuasa dan adalah segala saksi . Baik dan jahat tidak akan terlepas pada hari penentuan . ( Akhirat) .. Semoga Rakyat Malaysia Mendapat Hidayah dan kesedaran .. Saya Percaya malaysia akan Maju satu hari nanti .. ☪️🙏🙏
@abdullahsanikhalidahadibah5091
2 жыл бұрын
Agreed with DSAI, FORENSIC AUDIT is the way outtt.. Please la don't burden petronas, PETRONAS is the only company yg clean, dont politic kan petronas ngn rasuah dalam sapura
@azfarrashidan5774
2 жыл бұрын
fakta 5 syarikat gergasi dunia mengalami masalah Sama.. sapura down bkn sebab rasuah..kalau rasuah knp PH paksa PNB beli saham sapura...?
Пікірлер: 606