Mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung. Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil. Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.
Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia. Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini?
Pengarah : Dr. Ahmad Idham
Pelakon : Azlee dan Yassin daripada kumpulan Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak dan Sophia Albarakbah, Mamak Puteh, Atu Zero, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.
Genre : Seram Komedi
Production : Grand Brilliance Studio Sdn Bhd
Producer : Grand Brilliance Studio Sdn Bhd
Негізгі бет DI SEBALIK TABIR FILEM SAKA PERAWAN | DI PAWAGAM 27 JUN 2024
Пікірлер