DIY Pemasangan Snorkel Kits Toyota Hilux Vigo 2.5G (MT)
Video ini merupakan video pemasangan Snorkel Kits pada Toyota Hilux Vigo. Mulanya, memang agak ragu-ragu nak pasang sendiri memandangkan kena tebuk lubang pada fender tambahan pula tidak pernah memasang atau melihat (secara bersemuka) pemasangan snorkel kits pada mana-mana kenderaan sebelum ini. Namun setelah menonton beberapa video tutorial di youtube maka saya mengambil keputusan untuk mencubanya sendiri untuk menjimatkan kos.
Kos DIY - harga Snorkel Kits RM195 + Mushroom Air Duct Intake RM35 + tambang RM61 (sea shipping - beli online) redeem Shopee Coin RM19 = RM272. Jimat dapat, pengalaman pun dapat jadi hasilnya memang berbaloi…
Saya mengambil masa 2 hari untuk memasangnya kerana terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Namun sebenarnya jika tiada halangan dan dibuat dengan penuh konsentrasi, masa yang diambil hanyalah sekitar 4 jam lebih sahaja (berdasarkan durasi video yang dirakam). Selamat mencuba.
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi menonton dan subscribe.
Негізгі бет DIY Pasang Snorkel Kits Toyota Hilux Vigo 2.5G MT
Пікірлер: 22