Orkes Sri Maharani Ghazal ditubuhkan pada 1969 oleh beberapa pemuzik lagu lagu ghazal di bandar Muar Johor yang diketuai oleh Allahyarham Ahmad Jusoh. Beliau juga seorang penyanyi, pencipta lagu dan pemin harmonium.
Sbagai pemimpin kumpulan, Ahmad Jusoh telah berjaya menyemarakkan minat dan keghairahan org ramai terhadap muzik ghazal. Kumpulan ini sering mendapat jemputan utk mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan,majlis2 rasmi kerajaan dan perayaan di pentas terbuka dan di hotel2 seluruh negara.
Pesta dendang rakyat buat pertama kali dianjurkan oleh RTM pada tahun 1970 ,kumpulan ini menyertai bahagian muzik ghazal dan berjaya menjadi johan.
Kejayaan menjadi johan pesta dendang rakyat bahagian ghazal ini, lagu2 kumpulan ini telah dirakam oleh syarikat Tate Records Trading Corporation kemudian syarikat rakaman ini menaja kumpulan ini menjelajah seluruh negara bagi membuat persembahan.
Syarikat2 rakaman lain seperti Olympia, EMI dan WEA juga telah membeli album rakaman tersebut untuk dipasarkan ke seluruh negara. Kumpulan ini berjaya menerbitkan 30 buah album piring hitam dengan beberapa syarikat rakaman dan lagu2 yg didendangkan terdapat dlm pelbagai rentak ghazal yg digubah dlm irama asli, joget, zapin dan keroncong.
Penyanyi handalan mereka ialah S Fauziah, Zainurin Mohd Dom dan pemuzik terkenal Fadzil Ahmad di samping Ahmad Jusoh sendiri. Lagu lagu mereka kekal popular di kalangan pengemar irama Ghazal sehingga ke hari ini.
Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE!
Follow Universal Music Malaysia on
Instagram : / universalmu. .
Facebook : / universalmuz. .
Twitter : / umdomestic
KZitem : www.youtube.co....
#getarannostalgia #dondangsayang #ghazal
Негізгі бет Dondang Sayang Mambo - Ahmad Yusoh & Fatimah Adan Iringan Kump Ghazal Sri Maharani Official Audio
Пікірлер: 3