Al-Kisah Ramadan Empat Sahabat merupakan Filem pendek loghat Pulau Pinang yang dihasilkan sebelum bulan Ramadan bermula 28 March 2021. Oleh kerana kawan-kawan lain bekerja, kami cuma ambik kesempatan berlakon pada hari Ahad sahaja & Alhamdulillah semuanya siap sebelum Ramadan. Cuma ada beberapa babak dilakonkan pasa awai Ramadan. Lakonan penuh lokasi di Kampung Melayu Ayer Itam Pulau Pinang.
Hasil kerjasama rakan-rakan satu kampung telah menghasilkan satu cerita teladan untuk semua. Idea tercetus pada 3 minggu sebelum tiba bulan Ramadan. Skrip spontan.
Ini merupakan percubaan pertama aku menghasilkan cerita dengan pertolongan dari kawan-kawan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Insya’Allah lepas ni kalau ada permintaan, aku & kawan-kawan akan perah lagi otak ni untuk mendapat idea yang lebih menarik.
Terima Kasih tak terhingga pada sahabat aku yang sudi berlakon. Sheikh [Isahak], Yaakob, Tajul, Isma, Daniel, Azizul, Nizam dari Marhaban Katering & guru kami iaitu Ustaz Arif Haji Wahab. Tak lupa juga pelakon kanak-kanak iaitu Iman, Arif Daniel [Anak saudara aku], Nazrul & Danish.
Yang paling best join kami sekali, Tok Siak Surau Kampung Melayu Pak Kassim, En Aziz selaku Pengerusi MPKK Kampung Melayu & juga setinggi penghargaan pada Marhaban Ketaring Pulau Pinang yang taja makanan kami sepanjang shooting.
Semua cerita, watak & adegan adalah lakonan semata-mata & tak ada kena mengena langsung dengan sapa-sapa pun. Cuma Tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Arif Haji Wahab itu adalah tazkirah yang betul-betul berlangsung di Surau Kampung Melayu.
Selamat menonton & jangan lupa share & subscribe ya. Jazakallah.
Негізгі бет Drama Pendek - Al Kisah Ramadan Empat Sahabat
Пікірлер: 67