Kuih Penganan Cuan ataupun lebih dikenali sebagai Kuih Bunga Ros adalah merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Sarawak dan ia memang terkenal dalam masyarakat Iban. Nama panggilannya mungkin berbeza mengikut daerah.
Kuih Penganan Cuan mempunyai rasa manis dan ranggup. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya terdiri daripada tepung beras, tepung jagung, santan, telur ayam, gula serta beberapa bahan lain lagi yang dicampur bersama sehingga menjadi adunan yang sebati.
Cara pembuatannya tidaklah begitu rumit. Akan tetapi pembuat kuih ini haruslah sentiasa menjaga tutur kata semasa membuat kuih kerana dipercayai kuih ini mempunyai pantang larang dalam pembuatannya. Walaupun hanya mitos dalam kepercayaan masyarakat Iban namun sehingga ke hari ini, pantang larang tersebut sentiasa menjadi peringatan untuk orang membuatnya.
Bahan-bahan:
500g Tepung Beras
400g Tepung Jagung
2 cawan Gula
5 biji Telur Ayam
200ml Santan (kotak kecil)
Secubit garam (untuk meningkatkan rasa)
Air
Minyak (untuk menggoreng)
Cara penyediaan:
Telur ayam, gula dan secubit garam dicampurkan bersama dalam besen dan dipukul menggunakan mixer sehingga adunan telur berwarna putih (kembang). Pastikan telur kembang dan butiran gula telah hancur. Kemudian masukkan tepung beras, tepung jagung dan santan ke dalam adunan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan adun menggunakan mixer. Sambil mengadun campuran bahan tersebut, masukkan sekali air sedikit demi sedikit. Air yang dimasukan ke dalam adunan adalah agak-agak sahaja, tiada sukatan. Jangan terlampau pekat atau terlebih cair. Adunan yang siap diadun perlu diperam/diperap selama 1 jam sebelum mula menggoreng. Kuih penganan cuan yang siap digoreng perlu ditoskan minyak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!!
Jangan lupa like, comment, share and subscribe channel Monet Vlog ❤️😉
Music by: / @avianjohansson5672
Taboh Iban • Taboh Iban
#kuihtradisional #MonetVlog #penganancuan #resepikuihbungaros #kuihbungaros #dayakborneo #dayakiban #selamatharigawaidayak #borneo #ibanvlog #sarawakfood #sarawakian #sarawakianyoutuber #sarawak #malaysia
Негізгі бет 🔴 EP 1: MV Membuat Penganan Cuan Untuk Sambutan Hari Gawai Dayak 2023
Пікірлер: 21