Evolusi: KL Drift 2 coming soon on 25 March 2010.
Perlumbaan kehidupan Zack (Shamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang Drifter profesional.
Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.
Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya (Sacha Alya) yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.
Joe (Aaron Aziz) yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.
Ery (Shaheizy Sam) sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.
Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.
Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?
Sama-sama kita saksikan!
Негізгі бет Фильм және анимация EVOLUSI KL DRIFT 2 Offcial Trailer [HD]
Пікірлер: 22