Selangor dah boleh rentas daerah sekarang. Apa lagi, Fendi kembali memburu mencari Nasi Itik yang terbaik di sekitar Shah Alam, iaitu Itik Bakar Gembo! Berlokasi di sekitar Jalan Kebun, Itik Bakar Gembo sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama. Yang paling penting, gerai ini diusahakan oleh usahawan Melayu dimana amat jarang sekali mereka berniaga Itik Bakar.
Malah, di sini mereka mempunyai proses membakar itik yang menarik dimana mereka dibakar dua kali. Itik tersebut dilumurkan dengan rempah ratus istimewa sebelum dibakar semula. Jadi, jika anda pergi ke sekitar Jalan Kebun, amat wajib anda cuba Itik Bakar Gembo ini!
📍Lokasi » Itik Bakar Gembo
Tapak Pasar Pagi Ahad, Jln Kebun Tambahan, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor
☎️Telefon » 018 - 367 6450
#destinasitv #asmr #itikbakar #shahalam
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZitem, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Негізгі бет Fendi KELUAR Cari Nasi Itik TERBAIK Di Shah Alam! | Makan Makan Bersama Fendi
Пікірлер: 70