26 Mac 2022 - Majlis Perasmian Festival Semarak Pelancongan Negeri Melaka 2022 dan Pelancaran Kempen Promosi Melaka For Malaysian 1.0 telah sempurna dilakukan oleh YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, EXCO Pelancongan, Kebudayaan & Warisan Negeri Melaka yang mewakili YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka di Johor Bahru City Square .
Sebagai makluman, Festival Semarak Pelancongan Melaka 2022 di Johor Bahru ini merupakan pembukaan kepada “roadshow” promosi pelancongan yang akan dilaksanakan di seluruh negara oleh Tourism Melaka melalui kempen “Revitalise & Rejuvenate Melaka 2022”. Kerajaan Negeri berhasrat dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022 ini, industri pelancongan negara dapat disemarakkan semula dan kita dapat memulihkan semula ekonomi negara dengan menjalani norma-norma baharu di dalam fasa endemik COVID-19 ini.
#TourismMelaka
#FabulousMelaka
#MelakaIsThePlaceToBe
#MelakaSafeHaven
#RelaksAtMelaka
Негізгі бет Festival Semarak Pelancongan Negeri Melaka 2022 Johor Bahru
Пікірлер