PUSAT SUKAN FC DINOBATKAN SEBAGAI "SANG JUARA" SIRI 2
Universiti Malaya 13 November - "Memerah kederat hingga ke saat terakhir" telah berlangsungnya perlawanan AKHIR LIGA TNCP 2018 Siri 2. PUSAT SUKAN FC bertemu SAINS FC sebagai lawannya. Sebagai pendatang baru dalam liga ini, SAINS FC tidak boleh dipandang mudah. Waima kita sudah ketahui bahawa PUSAT SUKAN FC adalah sebuah pasukan yang lengkap dan bukan calang-calang pasukan. Turun dengan kesebelasan utama, kedua-dua pasukan telah mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental dari awal. Keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai tidak menghalang kedua-dua pasukan untuk beraksi dengan baik. Tepat Jam 5.45 petang perlawanan dimulakan.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Pada awalnya kurang aksi kekerasan permainan membuatkan perlawanan kali ini lebih lancar dan tersusun. PUSAT SUKAN FC banyak melakukan serangan, namun SAINS FC menyusun strategi bertahan dan sekali sekala melakukan serang balas. Seawal separuh masa pertama semuanya seperti tidak menjadi. Walaupun beberapa strategi dilakukan namun kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang lawan. Pertukaran pemain juga dilakukan bagi mendapatkan jaringan, tetapi itu semua sia-sia. Permainan bermula keras di saat-saat akhir separuh masa pertama. Tetapi keadaan tetap tidak berubah, separuh masa pertama tamat dengan keadaan terikat kosong kosong.
"Perlawanan akhir yang luar biasa" siapa sangka separuh masa kedua kita di hidangkan dengan jaringan yang banyak. Permainan lebih bertenaga dipersembahkan. Kali ini cara permainan hantaran pendek dan pantas di gunakan oleh PUSAT SUKAN FC. Akhirnya strategi ini berjaya, pada minit ke 34 pemain sayap kiri PUSAT SUKAN FC, Akmal Zain tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan, bola yang di bawa dari tepi padang dibawa masuk ke tengah lalu satu rembatan kencang dari jarak 20 meter dari gawang gol dilakukan. Bola terus menuju kiri gawang gol SAINS FC. Jaringan tersebut telah meletakkan PUSAT SUKAN FC di hadapan dengan 1 gol kosong.
"Kelibat Juara sudah terlihat" kali ini PUSAT SUKAN FC menggandakan lagi usaha mereka, pada minit ke 42 permainan sepakan penalti telah di hadiahkan kepada PUSAT SUKAN FC, pemain pertahanan SAINS FC telah melakukan terjahan keras terhadap penyerang PUSAT SUKAN FC di dalam kotak D. Tendangan ini telah berjaya di sempurnakan oleh pemain pertahanan PUSAT SUKAN FC Mohd Ajib. Mereka telah melebarkan jurang jaringan dengan 2 gol berbalas kosong.
"Selagi belum tamat kami akan perah hingga ke titisan akhir" ungkapan ini dapat di gambarkan kepada pasukan SAINS FC. Mereka benar-benar memberikan cabaran kepada PUSAT SUKAN FC. Pada minit ke 50 permainan kali ini SAINS FC di hadiahkan sepakan penalti pula, pemain pertahanan PUSAT SUKAN FC telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya di dalam kotak D. Seperti biasa penyerang berbisa SAINS FC Al-Syafiq menyempurnakan sepakan tersebut dan meletakan kedudukan kembali rapat dengan jaringan 2 berbalas 1. 2 minit selepas jaringan tersebut, PUSAT SUKAN FC kembali menyengat. Kali ini satu sepakan percuma dari jarak 15 meter dari gawang gol SAINS FC telah di hadiahkan oleh pengadil perlawanan kepada PUSAT SUKAN FC. Sekali lagi pemain pertahanan mereka Mohd Ajib mengambil sepakan tersebut. Tendangan lencong ke kiri gawang gol "ala-ala roberto carlos" dilakukan menembusi gawang gol SAINS FC untuk kali ke 3. Jaringan tersebut meletakkan PUSAT SUKAN FC terus di depan dengan kedudukan 3 gol berbalas 1.
"Lawan tetap lawan" minit ke 56 sekali lagi pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti kepada SAINS FC. Perlawanan yang berprofile tinggi ini penuh dengan aksi-aksi yang amat keras. Sekali lagi penyerang mereka Al- Syafiq menyempurnakan sepakan tersebut dan membuahkan hasil. Dengan jaringan itu perlawanan AKHIR LIGA TNCP Siri 2 berakhir dengan keputusan penuh PUSAT SUKAN FC ( 3 ) - SAINS FC ( 2 )
Негізгі бет Final Liga Bola Sepak TNCP UM
Пікірлер