#gemersikadilfitri #arulrasheed #shanaabella
Lagu 'GEMERSIK AIDILFITRI' di bawakan oleh dua orang sahabat baik iaitu ARUL RASHEED ialah seorang Tiktokers, single pertamanya yang trending dan popular dgn lagu (JAGAKAN DIA) & SHANA ABELLA bekas vokalis wanita One Avenue Band yang popular dgn lagu Kisah Antara Kita kini muncul dgn single pertamanya iaitu (CINTA PALSU).
Karya ini di cipta oleh Yusricikman, AiChampion, Shana Abella dan seperti biasa Mahathir Vai ialah bekas Guitaris & Keyboardist dari kumpulan One Avenue Band ialah arranger utk 'GEMERSIK AIDILFITRI' ini. Mempercayai dan memilih GMM RECORD sebagai publisher utk lagu ini sekali gus menampilkan karya Music Video yang tidak asing lagi dari Amin Adli.
GEMERSIK AIDILFITRI ini mengisahkan kegembiraan dan kemeriahan umat Islam dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
Di dalam Muzik Video ini, Arul Rasheed melakonkan watak sebagai seorang adik yang bekerja di luar kota berasa sangat teruja untuk pulang ke kampung halaman. Sepanjang perjalanan, si adik ini sentiasa bersemangat sambil menyanyi dan tidak sabar-sabar untuk sampai bertemu keluarga tersayang. Dan akhirnya si adik selamat sampai di kampung halaman dan mereka meraikan hari raya dengan gembira, Kerana berjumpa dengan keluarga tercinta adalah suatu perkara yang paling dinanti-nantikan.
Shana Abella pula melakonkan watak sebagai seorang kakak yang memang menetap di kampung untuk menjaga ibunda tercinta. Teruja bersama ibunda menanti kepulangan adik tersayang yang bekerja di luar kota. Kerana terlalu teruja dan bertungkus lumus membuat persiapan raya gelagat si kakak di dalam muzik video ini memang geli hati.
Istimewa juga menampilkan dan meletakkan Arul Rasheed di bahagian rapper pada pertengahan lagu ini. Sesuai dengan semangat anda mengenali Arul Rasheed bukan sahaja seorang penyanyi, malah seorang pelawak yang pasti membuat peminat akan terkejut dan terhibur. Tahniah Mahathir Vai & Yusricikman di atas pengubahsuaian ini.
Lagu raya ini sekali gus menjadi SINGLE KEDUA buat kedua sahabat ini Arul Rasheed & Shana Abella. Semoga lagu ini mendapat tempat di hati semua pendengar dan menjadi lagu raya legasi dari zaman ke zaman pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Semoga Arul Rasheed j& Shana Abella terus berkarya, dan diluaskan rezeki dunia & akhirat.
Tahniah dia atas semua team yang terlibat sepanjang 'GEMERSIK AIDILFITRI' ini dilancarkan. Big Thanks kepada GMM RECORD, Mahathir Vai, Yusricikman, Amin Adli, Ai Champion dan krew lain yang terlibat.
Executive Producer: Azizul Abu Hassan
Audio Credits
Singer : Arul & Shana Abella
Song/Lyrics : Yusricikman,Ai champion,Shana
Arranger : Mahatir vai
Producer : GMM RECORD
Vocal recorded by : Haiql z
Mixing : Mahatir Vai
Mastered : Mahatir Vai
VIDEO CREDITS:
Extras:
Producer : Azizul Abu Hassan
Director : Amin Aidli
DP : Amin Adli
Concepting Team : Amin Adli
Art Team : GMM PRODUCTION
Fashion Stylist : Ruhaida
Ast. Camera : Ruhaida
Location Manager : Azizul abu hassan
BTS :Akim Empayar & mif
Editor & Colorist : Amin Adli
Graphic Designer : Amin Adli
Artist : Arul & Shana Abella
Find Us,
Facebook: GMM RECORD PRODUCTION
Instagram: GMM RECORD PRODUCTION|
Personal : 016-7431690 (GMM)
Негізгі бет Музыка GEMERSIK AIDILFITRI - ARUL RASHEED & SHANA ABELLA ( OFFICIAL MUSIC VIDEO )
Пікірлер: 192