GENEVA, 28 MEI 2024 - Sistem GeoTanaman, inovasi Jabatan Pertanian Malaysia telah berjaya dinobatkan sebagai Pemenang Utama di bawah Kategori C13 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)- Faedah Dalam Keseluruhan Kehidupan: E-Pertanian sempena World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2024.
.
WSIS juga merupakan satu platform global dalam mengenalpasti dan mempamerkan kejayaan pengaplikasian WSIS Action Lines dan Sustainability Development Goals (SDGs).
.
Sebanyak 1,049 projek dari 104 negara seluruh dunia telah menghantar penyertaan
bagi menyertai pertandingan WSIS Prizes 2024 di mana pemilihan pemenang adalah
hasil penilaian pakar dan undian secara dalam talian dari serata dunia.
.
Menurut Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam binti Alwi, kemenangan ini merupakan satu pengiktirafan besar dunia kepada Malaysia terutamanya dalam merealisasikan aspirasi untuk memastikan kecukupan bekalan makanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian secara elektronik yang berkualiti untuk
pembangunan sektor agromakanan negara.
.
Sistem GeoTanaman Jabatan Pertanian merupakan wakil tunggal Malaysia yang menjadi pemenang utama dengan undian melebihi 2.2 juta undi.
.
Sistem GeoTanaman yang dilancarkan pada tahun 2022 menyumbang dengan ketara kepada kelestarian pertanian Malaysia, terutamanya dalam pengeluaran tanaman makanan.
.
Ia membantu petani merancang pengeluaran tanaman mereka
mengikut permintaan dan sekaligus dapat menangani isu lebihan bekalan.
.
Sistem ini juga mampu meningkatkan kecekapan pengurusan rekod ladang dan memudahkan perancangan penanaman yang lebih teratur.
.
Selain itu, pengembangan pasaran secara langsung membolehkan petani menetapkan harga yang kompetitif tanpa perantara kepada peruncit, pengeksport dan pasar raya besar melalui platform secara dalam talian.
.
Dalam usaha merealisasikan Inisiatif Kerajaan Digital ke Arah Negara Pintar, Sistem GeoTanaman merupakan inovasi digital yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam memacu transformasi perkhidmatan dan pengurusan maklumat Inventori
Tanaman Makanan Negara.
#myDOA #GeoTanaman
Негізгі бет GeoTanaman PEMENANG UTAMA World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2024, Geneva.
Пікірлер