Selalu lalu jalan ini tapi tak pernah teringin nak pergi. Takut pun ada. Tapi sampai bila nak takut. Batu Tulug (GPS 5.41608,117.9423) ialah antara hidden gem yang banyak orang tak peduli.
Di sini kita boleh saksikan sendiri formasi batu kapur yang berusia 20-25 juta tahun. Juga boleh kita ambil peduli tentang bagaimana orang terdahulu (sekitar 700-900 tahun lepas) menghormati adat mereka dan menguburkan orang mereka di dalam gua tersebut. Bayangkan tiada teknologi atau tangga seperti sekarang. Macam mana mereka boleh bawa naik keranda dari kayu belian (yang terkenal berat dan tumpat sehingga tenggelam dalam air) dengan berat beratus kg.. Kita yang naik menggunakan tangga pun hampir nak mati lelah
Juga boleh kita saksikan sendiri bagaimana hebatnya kayu belian yang boleh bertahan sehingga mencecah ribuan tahun.
Akhir sekali, Batu Tulug juga tempat yang cantik untuk menikmati permandangan sekitar sungai Kinabatangan dari ketinggian 40 m.
Tempat yang paling sesuai untuk melatih kekuatan kaki dan stamina untuk naik gunung kinabalu.
Hati-hati dengan pendakian kerana ia sangat curam. Juga berhati-hati dan hormati keranda yang ada di dalam gua. Jgn rosakkan warisan sejarah kita.
Isteri dan anak2 sengaja tak dibawa kerana bukan tempat yang sesuai untuk bawa anak2.
Support our tourism industry. We are happy, and the industry surviving. Win-win
📘 Facebook: www.facebook.c...
📸 Instagram: / panglaman
For collaboration / invitation / or just to get to know each other..
please email at panglamanku@gmail.com
Негізгі бет Gua & Keranda 900 Tahun diBatu Tulug- Aku Salah Tempat Training Hiking Kinabalu Ni
Пікірлер: 6