Solo Hiking Gunung Pulai Baling Kedah
Assalammualikum, Gunung Pulai terletak di pekan baling kedah yang berketinggian 620 meter. Untuk datang kesini anda boleh cari di google map SK PULAI BALING atau terus tekan link ini goo.gl/maps/pzDtgkeYZcJ2 . Dari sk pulai baling terdapat lorong kecil yang membawa anda terus sehingga ke lokasi paking kereta (seperti video). Dari paking kereta lebih kurang beberapa langkah terus tiba di "jambatan besi gantung" . Anda perlu menyeberanginya untuk ke kaki gunung pulai.
Jambatan ini digunakan oleh orang kampung untuk tujuan berkebun. Jambatan ini boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki. Sebaik sahaja anda menyeberangi jambatan anda perlu masuk ke kawasan kebun orang yang berpagar, Tuan tanah memang letak kayu untuk mudah kita langkah masuk ke kebunnya. Dari kebunnya anda sudah mula melihat track.
Anda akan jumpa kubur lama, dari kubur lama inilah pendakian bermula. Anda boleh download track yang tok buat menggunakan garmin dan upload ke goole map. Download link dibawah drive.google.com/open?id=1erz...
Track ini tok buat dari jalan besar , sebab jika anda guna google map atau waze, jalan kampung tidak update dan jalan terputus. Tapi sebenarnya jalan ada. untuk melalui jalan tersebut anda boleh download link diatas.
Tok bawa air 2 liter, memang cukup-cukup ja guna sampai bawah. Ingat bawa air secukupnya paling kurang 2 liter. Sarung tangan amat penting sebab jalan berbatu. Pol / tongkat bagi tok banyak membantu dalam keseimbangan sewaktu pendakian. Jangan lupa bawa roti , coklat dan biskut tiger :) sebab dalam kita kehilangan tenaga makanan inilah yang akan memberi tenaga semula. Memandangkan tok bersendirian tok memang kena pastikan semua keperluan cukup.
Ok sampai situ saja, kalau ada apa2 nak tanya boleh tinggal komen di bawah, insyallah tok balas. Kalau minat dengan video tok, jangan lupa like atau subscribe. Insyallah mungkin satu hari nanti bertemu kita.
Негізгі бет Gunung Pulai Baling Kedah | Solo Hiking | Sesat
Пікірлер: 70