"abangamir ingat nak jual superbike ni nak belikan ayah mak kereta baru sementara mak ayah masih ada. Motor bila-bila boleh beli lagi. Dah tua ni baru terfikir kenapalah tak beli kereta lebih elok dari dulu"...
Assalamualaikum..
Pastinya kita sebagai anak-anak mempunyai niat untuk melihat ayah dan ibu sentiasa tersenyum.
Kami adik beradik sudah beberapa tahun berniat sama-sama berpakat untuk hadiahkan ayah dan emak kereta baharu namun selalu tak menjadi sebab ayah dan emak akan bertukar keputusan di saat-saat Akhir. Katanya tak berminat, tak rasa nak tukar kereta, sayang kereta lama, namun kami tahu mereka hanya tidak mahu menyusahkan kami anak anak, jadi kami pon menangguhkan dulu niat adik beradik.
Namun kisah ini terjadi bersambung semula selepas tamat perintah kawalan pergerakan yang lepas.
Bila semuanya sudah dapat pulang berkumpul beberapa hari bersama, setelah pulang ke rumah masing masing, abang bangkenteng iaitu abang amir whatsapp di group adik beradik, dia ada hajat katanya. Dia nak belikan juga kereta untuk hadiah ayah dan emak secara senyap. Bangkenteng masih ingat, ringkas text nya di whatsapp. "abangamir ingat nak jual superbike ni nak belikan ayah mak kereta baru. Motor bila-bila boleh beli lagi, sementara ayah mak masih ada. Dah tua ni baru terfikir kenapalah tak beli kereta lebih elok dari dulu".. Ini hajatnya tiba-tiba sejurus pulang ke kediaman sendiri.
Dia minta doakan segala urusan dipermudahkan dan lancar segala niat nya.
Kami adik beradik yang lain turut menghulurkan bantuan serba sedikit untuk melancarkan lagi urusan.
Alhamdulillah, hari yang di nanti-nanti telah tiba. Sekali lagi kami adik beradik berkumpul di kediaman kakak sulung kami untuk membuat kejutan untuk ayah dan emak.
Terima kasih kepada seluruh keluarga Nurmaana,dan pada adik beradik bangkenteng iaitu kaknor, abang angah, abangcik, abang amir dan abg ijam, ipar-ipar dan anak-anak buah yang sama-sama menjayakannya.
Alhamdulillah syukur..
Mereka orang hebat, bangkenteng hanya mampu berkongsi cerita ini sahaja.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dan rezeki yang tak ternilai adalah rezeki untuk membahagiakan ayah dan emak.
Негізгі бет Hadiah kereta baru untuk Ayah Mak | Keluarga Bangkenteng
Пікірлер: 175